Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Mat Saleh Bagi Amaran Benda Paling Pantang Buat Dekat Malaysia
Kehadiran warga asing di Malaysia bukan lagi satu perkara luar biasa, khususnya di kawasan tumpuan pelancong seperti Bukit Bintang dan Batu Feringghi.
Kedatangan mereka ke negara ini bukan sahaja sebagai pelancong, malah ada juga yang berada di Malaysia atas urusan pekerjaan.
Justeru, tidak hairan apabila terdapat warga asing menetap di Malaysia dalam tempoh yang panjang. Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan sebahagian daripada mereka semakin memahami norma serta adat masyarat tempatan.
Perkara tersebut turut diakui oleh seorang warga asing yang berkongsi pengalamannya menetap di negara ini.
“Satu perkara yang saya belajar bila tinggal di Malaysia. Sebagai warga asing, anda boleh guna bahasa rojak, tidak sengaja langgar adat kebiasaan atau tidak tahu apa-apa. Orang Malaysia akan bertolak ansur, bersabar dan memahami.
“Tetapi jika anda guna minyak pam RON95, satu Malaysia akan ‘serang’ anda,” katanya berseloroh.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Thread, @scottiesayang yang berkongsi pemerhatiannya tentang pantang larang masyarakat tempatan.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata mengakui kebenaran perkara tersebut.
“Kami boleh toleransi dengan semua benda kecuali subsidi dan makanan,” ujar warga maya.
“Tak juga. Kami cuma tak suka mereka yang tak hormati undang-undang Malaysia,” balas yang lain.
“Orang Malaysia terkenal dengan mengikut peraturan, walaupun kadang-kadang kami ni keras kepala. Biasanya kami boleh bertolak ansur dan selalu beratur dalam barisan, jadi ya, ambil RON95 kami memang satu jenayah besar dan kami bersatu untuk korek sampai ke lubang cacing,” jelas seorang lagi.
Sumber: Thread @scottiesayang