Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Insiden Letupan Di Universiti: PM Arah Siasatan Segera, Menyeluruh Dijalankan
PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan segera dan menyeluruh perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian letupan gas penyaman udara di HELP University baru-baru ini.
Menurut Anwar menerusi hantaran di platform X, beliau berkata, ia bagi memastikan aspek keselamatan semua pihak terjamin.
Dalam masa yang sama, beliau turut mendoakan kesembuhan kepada mangsa, Reeya Kaur Thandal termasuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan, pelajar yang meninggal dunia akibat insiden letupan di universiti berkenaan.
“Saya mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat saudari Reeya Kaur Thandal yang masih menjalani rawatan ekoran insiden letupan gas penyaman udara di HELP University.
“Takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan atas pemergian anak tersayang dalam insiden tersebut, moga diberi ketabahan dan kekuatan, juga semua yang terkesan dengan tragedi ini,” maklumnya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di sebuah universiti swasta kira-kira 11.40 pagi Isnin lalu.
Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR
Difahamkan, letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan.
Sumber: Twitter Anwar Ibrahim