Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: ANTARA

Serpihan Dipercayai Milik Pesawat ATR 42-500 Yang Hilang Ditemukan Di Bukit Bulusaraung

Athirah

Serpihan Dipercayai Milik Pesawat ATR 42-500 Yang Hilang Ditemukan Di Bukit Bulusaraung

Sebuah pesawat ATR 42-500 yang sebelum ini dilaporkan hilang telah ditemukan di puncak Bukit Bulusaraung, wilayah Sulawesi Selatan pada pagi Ahad.

ANTARA News melaporkan ia ditemukan ketika operasi pencarian yang dijalankan oleh Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas).

Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Basarnas, Edy Prakoso berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) darat menemukan serpihan pesawat selepas menerima maklumat daripada pasukan di kawasan berkenaan yang melakukan pencarian menggunakan pesawat.

Menurut Edy, Pejabat SAR Makassar melaporkan petunjuk awal serpihan pesawat itu kira-kira jam 7.17 pagi (waktu tempatan) apabila sebuah pesawat rondaan udara mengesan serpihan berwarna putih di sekitar Bukit Bulusaraung.

Seterusnya, pada pukul 8.02 pagi (waktu tempatan), pasukan darat menemukan serpihan pesawat yang besar di sebelah utara puncak bukit itu, manakala sekitar pukul 8.09 pagi (waktu tempatan), fiuslaj ditemukan untuk pengenalpastian lanjut.

Edy memaklumkan bahawa proses pemindahan masih mengambil kira faktor cuaca, terutamanya kelajuan angin kencang dan kabus, manakala helikopter cuba mencari lokasi selamat untuk menurunkan pasukan SAR di lokasi terdekat dengan fiuslaj.

ATR 42-500 sedang melakukan penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam di bawah kementerian berkaitan menerima laporan awal berhubung kehilangan hubungan dengan sebuah pesawat ATR 42-500 pada Sabtu lalu.

Pesawat yang dikeluarkan pada tahun 2000 dengan nombor siri 611 itu sedang melakukan penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar yang diketuai oleh Kapten Andy Dahananto.

Pesawat berkenaan membawa seramai 11 individu, terdiri daripada lapan kru penerbangan dan tiga penumpang. Hubungan terakhir dengan pesawat itu direkodkan pada jam 1.17 tengah hari (waktu tempatan).

Sementara itu, Kementerian Perikanan Indonesia mengesahkan tiga kakitangannya berada di dalam pesawat ATR 42-500 yang terputus hubungan di ruang udara Sulawesi Selatan ketika menjalankan misi pemantauan.

BACA: Imam Selamatkan Masyarakat Kristian Di Masjid Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun
BACA: Lelaki Minta Sunting Gambar Mata Kelihatan Terbuka, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”
BACA: US Embassy KL Kongsi Gambar Malaysia Dari Angkasa, Netizen Bergurau “Kami Tak Ada Minyak, Ada Sawit Je”

Sumber: ANTARA News