Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penemuan segitiga bermuda
Gambar: Daily Mail UK

6 Penemuan Aneh Mengenai Segitiga Bermuda

Hannah

6 Penemuan Aneh Mengenai Segitiga Bermuda

Nama “Segitiga Bermuda” diperkenalkan pada 1964 oleh penulis pulp Vincent Gaddis, yang menulis tentang kawasan segi tiga di mana ratusan kapal dan pesawat hilang tanpa jejak.

Umum diketahui, Segitiga Bermuda sejak sekian lama menjadi perdebatan ramai. Mana tidaknya, kawasan perairan yang terletak di antara Florida, Puerto Rico dan Bermuda ini sering dikaitkan dengan kisah kapal dan pesawat yang hilang tanpa jejak.

Cerita-cerita misteri mengenai Segitiga Bermuda telah menarik perhatian dunia dan sehingga kini, banyak hal masih menjadi teka-teki. Ada yang mengaitkannya dengan kuasa ghaib, makhluk asing (UFO) dan portal ke dimensi lain.

Menurut perkongsian WorldAtlas, berikut adalah enam penemuan aneh mengenai Segitiga Bermuda.

1. Kawasan lautan di mana kompas berputar tanpa arah

Ramai orang menganggap cerita tentang Segitiga Bermuda hanya dongeng atau legenda.

Tapi, ada laporan daripada tentera, juruterbang, dan pelaut bahawa di kawasan ini kompas kadang-kadang tidak berfungsi dengan betul atau menunjukkan arah yang salah.

Masalah kompas ini membuat orang percaya mungkin ada gangguan elektromagnetik yang menyebabkan jarum kompas berputar tanpa arah.

Bagaimanapun, selepas banyak kajian dibuat, didapati masalah kompas di Segitiga Bermuda tidak lebih serius daripada di kawasan laut lain.

Meski ada teori yang mengatakan terdapat gangguan magnetik di situ, kajian menunjukkan tiada gangguan magnet yang boleh membahayakan kapal di kawasan ini.

2. Gelembung gas gergasi yang boleh buat kapal jatuh mendadak

Salah satu teori menarik tentang kapal yang tenggelam di Segitiga Bermuda ialah gelembung metana gergasi yang naik ke permukaan dari dasar laut.

Menurut National Geographic, “gelembung maut” ini terbentuk daripada bahan lilin di dasar laut berhampiran cerun benua. Ia serupa dengan gelembung gas tanpa bau yang ditemui di paya dan lombong.

Gelembung metana mengeras di dasar laut kerana tekanan tinggi, dan apabila terlepas, ia berubah menjadi gas semasa naik ke permukaan.

Akibatnya, kapal boleh hilang daya apungan dan jatuh ke dalam air seperti batu. Selain itu, gas ini mudah terbakar, jadi ia juga boleh mengganggu enjin pesawat atau menyebabkan letupan.

Bagaimanapun, walaupun teori ini masuk akal, ia belum terbukti berlaku secara nyata di laut. Difahamkan, kajian masih banyak dibuat di makmal sahaja.

3. Ombak rogue dan puting beliung lautan

Ombak rogue ialah gelombang laut yang sangat besar dan muncul secara tiba-tiba, kadang-kadang sehingga setinggi 30 meter (100 kaki). Gelombang ini boleh berlaku di kawasan yang sering dilanda ribut. Segitiga Bermuda terkenal dengan ombak sebegini.

Kajian dan ujian menggunakan model kapal, termasuk replika USS Cyclops yang tenggelam pada 1918, dilakukan untuk memahami bahaya ombak besar. Hasilnya menunjukkan bahawa kapal boleh tenggelam dengan cepat jika bertembung gelombang besar yang datang tiba-tiba.

Secara tak langsung, ia sekali gus membuktikan betapa berbahayanya keadaan laut di kawasan ini kepada kapal.

4. Kesan arus teluk (gulf stream)

Arus teluk bersama ombak rogue boleh menyebabkan ribut kuat dan pusaran air di Segitiga Bermuda. Perubahan cuaca dan laut yang cepat ini boleh mencetuskan ombak besar secara tiba-tiba, yang berbahaya kepada kapal.

Sistem aliran laut yang dipanggil Atlantic Meridional Overturning Circulation pula berfungsi seperti “tali sawat global”, iaitu membawa haba dari kawasan tropika ke kawasan lebih sejuk. Pergerakan haba ini penting untuk keseimbangan alam dan ekosistem di seluruh dunia.

Namun, keadaan ini juga berisiko untuk kapal. Arus dan ribut boleh menyebabkan kapal tenggelam atau menghanyutkan serpihan kapal jauh dari lokasi asal, yang mungkin sebab banyak kapal hilang tidak ditemui.

Kadang-kadang, fenomena ini juga boleh mencetuskan “white squall”, iaitu ribut air besar yang muncul tiba-tiba dan boleh menenggelamkan kapal dengan cepat.

5. Kehilangan misteri

Kehilangan misteri di Segitiga Bermuda telah menimbulkan teori konspirasi dan mendorong penyelidikan saintifik.

Contohnya, kapal USS Cyclops yang tenggelam pada abad ke-20. Ada teori mengatakan kapal itu terlalu sarat dengan kargo, tetapi tiada serpihan kapal ditemui sehingga kini.

Sebaliknya, kapal lain seperti Cotopaxi yang tenggelam pada 1925 ditemui 90 tahun kemudian berhampiran pantai St. Augustine, menyokong idea bahawa arus teluk boleh membawa kapal jauh dari lokasi asalnya.

Kes yang paling terkenal ialah Flight 19 pada 5 Disember 1945. Lima pesawat latihan pengebom tersasar dan hilang tanpa jejak. Malah, pasukan penyelamat yang dihantar untuk mencari mereka, seramai 13 orang, juga hilang.

Pada 2022 pula, penyelam menemui sebahagian Challenger Space Shuttle 1986, yang memberi petunjuk baharu tentang apa yang ada di dasar laut kawasan itu.

6. Statistik menunjukkan kawasan ini tidak lebih berbahaya

Segitiga Bermuda sebenarnya tidak lebih berbahaya daripada kawasan laut lain.

Walaupun banyak cerita misteri tentang kapal dan pesawat hilang, kajian menunjukkan kejadian itu berlaku kerana ribut, arus lautan dan kebarangkalian biasa, bukannya sebab fenomena ghaib atau luar biasa.

Ahli sains terkenal seperti Carl Sagan dan Karl Kruszelnicki menekankan bahawa kapal atau pesawat hilang di sana sama sahaja dengan risiko di tempat lain.

National Oceanic and Atmospheric Association (NOAA) pula menjelaskan bahawa sebelum ada ramalan cuaca moden, ribut tropika dan taufan sering melanda kawasan ini dan menyebabkan banyak kapal tenggelam.

Sejak 1970-an, Lloyd’s of London turut menyatakan bahawa kemalangan berlaku berdasarkan kebarangkalian dan bukan kerana fenomena luar biasa.

BACA: Kajian Dedah Sebab Kereta Anda Jadi Sasaran Tahi Burung

Sumber: WorldAtlas