Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
akta tahanan di rumah
Kredit: Bernama

Akta Baharu Tahanan Di Rumah Tiada Kaitan Dengan Najib – Fahmi

Azizah Najib

Akta Baharu Tahanan Di Rumah Tiada Kaitan Dengan Najib – Fahmi

PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) — Penggubalan akta baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah tiada kaitan dengan mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata penggubalan akta tersebut adalah satu bentuk peralihan daripada sistem hukuman kepada sistem keadilan pemulihan.

“Baru-baru ini dalam mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) telah memberikan konteks secara menyeluruh dalam perbincangan mengenai tindakan atau mewujudkan satu akta baharu berkaitan tahanan di rumah.

BACA: RUU Tahanan Di Rumah Bakal Dibentangkan Di Parlimen Tahun Depan – Saifuddin

“Ia bermula awal tahun lepas, dalam konteks apa yang disebut sebagai peralihan pandangan kerajaan daripada ‘punitive’ (hukuman) kepada ‘restorative justice’ (keadilan pemulihan), di mana konsep keadilan adalah untuk mengembalikan seseorang individu yang telah didapati bersalah kembali ke komuniti,” katanya pada sidang media mingguan selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Berkongsi data kajian projek rintis berkaitan tahanan di rumah yang dilaksanakan sepanjang tahun lepas dengan melibatkan 5,000 banduan, Fahmi berkata ia merekodkan kadar residivisme (kembali melakukan kesalahan) telah menurun kira-kira 15 peratus.

Susulan itu Fahmi berkata projek rintis berkenaan boleh diperluaskan kerana ketika ini terdapat 82,000 tahanan di penjara, yang didapati melebihi kapasiti sedia ada iaitu 74,000 tahanan.

Beliau berkata langkah itu akan membantu Jabatan Penjara menjimatkan kos pengurusan penjara sebanyak RM19 juta.

BACA: Lima Maut Nahas Libat Lori, Kereta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas dilaporkan berkata kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Mengikut peruntukan akta itu, pesalah dikehendaki berada di tempat yang dianggap bersesuaian seperti kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan.

Saifuddin Nasution pula dilaporkan berkata akta berkaitan hukuman tahanan di rumah itu akan dibentangkan tahun depan dan Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan.

Beliau berkata ia menyasarkan kira-kira 20,000 pesalah kategori tertentu, antaranya pesalah pertama yang tidak melakukan kesalahan berat, wanita mengandung, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU), yang layak dipertimbangkan selepas mereka menjalani proses tapisan.

BACA: Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 7 Negeri Hingga Malam Ini

Sumber: Bernama