Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tiada laut di bumi
Kredit: ImageFX

Apa Akan Jadi Kalau Tiada Laut Di Bumi?

Sofea

Apa Akan Jadi Kalau Tiada Laut Di Bumi?

Bayangkan kita bangun dari tidur dan dunia tiba-tiba terasa sunyi. Tiada bunyi deruan ombak, tiada pantai dan tiada laut yang terbentang luas, yang tinggal cuma daratan kering sejauh mata memandang.

Selama ini, ramai yang menganggap laut sekadar 'menawarkan' pemandangan indah dan tenang. Namun, hakikatnya lautan adalah 'nadi' yang membuatkan bumi terus hidup.

Menurut World Economic Forum, lautan adalah sistem sokongan hidup utama di bumi. Justeru, ketiadaannya memberikan pelbagai kesan yang signifikan kepada kita.

Persoalannya apa akan berlaku jika bumi yang dihuni oleh kita tidak mempunyai lautan? Sejauh mana manusia boleh jalani hidup tanpanya? Ini empat perkara yang mungkin terjadi.

Iklim menjadi ekstrem

Lautan mengawal iklim bumi, di mana arusnya menentukan taburan haba dan memacu corak cuaca, termasuk hujan.

Haba matahari menyebabkan air laut tersejat dan menambahkan kelembapan ke udara. Lautan pula membekalkan sebahagian besar air yang tersejat ini.

Wap airnya memeluwap untuk membentuk awan, yang melepaskan kelembapannya sebagai hujan.

Tanpa air hujan, kawasan yang dahulunya subur untuk pertanian akan menjadi gersang.

Semua kehidupan di bumi bergantung kepada proses ini, yang dipanggil kitaran air.

Selain itu, jumlah haba yang tersimpan dalam lapisan atas lautan (sekitar tiga meter pertama) adalah lebih banyak daripada keseluruhan haba dalam atmosfera bumi. Haba ini dipindahkan dan diagihkan ke seluruh planet melalui arus laut.

Kredit: AFP

Sebagai contoh, kita boleh melihat pada Arus Teluk iaitu arus panas yang sangat kuat. Ia menjadi sumber utama pemindahan haba dari utara ke selatan di Lautan Atlantik.

Arus ini bermula di Teluk Mexico, mengalir mengelilingi Florida, sebelum bergerak ke arah timur laut merentasi Lautan Atlantik dan mengembang seperti corong sehingga sampai ke Eropah.

Tanpa Arus Teluk, iklim England akan menjadi jauh lebih sejuk dan ekstrem, manakala bahagian utara Norway akan menyerupai Antartika.

Ini menunjukkan betapa besar peranan lautan dalam menstabilkan iklim yang kita nikmati hari ini.

Kehilangan sumber makanan

Seperti yang diketahui, lautan merupakan habitat kepada begitu banyak spesies dan kebanyakan darinya membekalkan kita dengan makanan dan nutrisi penting.

Dari garis pantai hingga ke dasar laut yang paling dalam, lautan dipenuhi dengan pelbagai hidupan. Beratus-ratus ribu spesies marin terdiri daripada alga mikroskopik hinggalah kepada makhluk terbesar yang pernah hidup di bumi iaitu ikan paus biru.

Jika lautan tiada, sumber tersebut akan turut lenyap, sekali gus menjejaskan rantaian makanan global.

Kredit: AFP

Kehilangan sumber oksigen

Untuk pengetahuan, lautan mempunyai lima zon hidupan utama dan setiap satunya ada organisma yang disesuaikan secara unik dengan ekosistem marin.

Salah satu zon tersebut ialah zon epipelagik, yang merupakan lapisan atas lautan yang diterangi cahaya matahari.

Di zon inilah yang membolehkan fotosintesis berlaku, di mana sesetengah organisma menukarkan cahaya matahari dan karbon dioksida kepada tenaga dan oksigen.

Fotosintesis itu berlaku dalam tumbuhan dan alga. Contoh tumbuhan yang ada ialah rumpai laut, ia mempunyai persamaan dengan tumbuhan darat iaitu mempunyai akar, batang dan daun.

Selain itu, zon tersebut turut dihuni oleh fitoplankton iaitu organisma mikroskopik yang merangkumi tumbuhan, alga dan bakteria. Ia merupakan asas kepada jaringan makanan lautan.

Melalui fotosintesis, fitoplankton bertanggungjawab untuk hampir separuh oksigen yang dilepaskan ke atmosfera bumi.

Dalam pada itu, lautan juga menyerap kira-kira 30 peratus karbon dioksida (CO2) yang dihasilkan oleh manusia dan lebih 90 peratus haba berlebihan dalam sistem iklim kita.

Tanpa lautan, manusia akan kehilangan salah satu sumber oksigen terpenting untuk kelangsungan hidup.

Hilang salah satu sumber ekonomi

Kajian yang diterbitkan pada 2020 mendapati 'ekonomi lautan' bernilai sekitar $2.5 trilion.

Manakala, 40 peratus daripada populasi dunia dianggarkan bergantung kepada biodiversiti dan perkhidmatan yang disediakan oleh lautan. Ia termasuk dari segi bekalan makanan, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan perdagangan.

Justeru, ia memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi dunia.

Secara ringkasnya, lautan memberikan pelbagai manfaat kepada hidupan di bumi. Tanpanya, kita akan kehilangan sokongan hidup yang paling asas.

Oleh itu, selagi samudera masih terbentang luas untuk kita, jagalah ia dengan sebaik mungkin.