Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
bad marketing is good marketing
Gambar Hiasan: Forbes

‘Bad Marketing Is Good Marketing’, Baik Atau Kontroversi? Mufti Perjelas Daripada Perspektif Syara’

Nadhirah

‘Bad marketing is good marketing’. Siapa sahaja yang tidak pernah dengar mengenai kata-kata ‘keramat’ dalam dunia perniagaan ini. Kata-kata ini merupakan satu ‘frasa’ yang cukup sangat popular dalam kalangan usahawan.

Kaedah ini dianggap sebagai cara yang sangat mudah di mana peniaga dipercayai akan menggunakan apa sahaja cara dalam pemasaran walaupun ia melanggar undang-undang dan hukum-hakam agama.

Bagi mereka, ‘bad marketing’ yang digunakan mungkin akan memberi ‘good marketing’ pada kemudiannya. Tetapi hal ini mungkin sedikit sebanyak mewujudkan kontroversi kepada kita yang beragama Islam ini.

Dalam perniagaan, Islam sangat menitikberatkan aspek keadilan, keikhlasan, kejujuran dan ketelusan dalam berniaga.

Jadi kata-kata ‘bad marketing is a good marketing’ ini mungkin dilihat sebagai salah satu perkara yang mungkin boleh menjejaskan kredibiliti sesebuah perniagaan yang sedang berlangsung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perspektif syarak mengenai kaedah pemasaran bad marketing is good marketing.

Kaedah Pemasaran “Bad Marketing Is Good Marketing”

Soalan

Assalamualaikum ustaz, dalam perniagaan zaman sekarang ada satu istilah iaitu Bad Marketing Is Good Marketing. Maknanya peniaga akan menggunakan apa sahaja cara yang biasanya mencetuskan kontroversi, sensasi, lantas mencetuskan perhatian dan kemarahan orang ramai lalu menjadi viral.

Kesannya, peniaga tersebut akan mendapat publisiti atas kontroversi yang dicetuskan tadi, maka produknya makin laris, jenamanya makin dikenali orang ramai. Adakah perkara ini dibenarkan dalam Islam? Mohon pandangan pejabat mufti.

Jawapan Ringkas

Islam mengharuskan apa jua kaedah pemasaran yang ingin dilakukan peniaga untuk meraih keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan selagi tidak bertentangan dengan prinsip syarak.

Kaedah pemasaran dengan cara “bad marketing” dapat memberi liputan luas kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu, kaedah pemasaran itu mestilah selari dengan kehendak syarak seperti tidak melakukan perkara-perkara yang haram, menimbulkan fitnah kepada Islam dan imej muslim dan sebagainya.

Justeru, kaedah pemasaran sebegini tidak boleh dilakukan kerana bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak. Para peniaga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih kaedah pemasaran yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak.

Dapatkan juga nasihat daripada pihak-pihak berautoriti tentang kaedah dan batas-batas pemasaran yang ingin dilakukan. Moga-moga perniagaan yang dijalankan meraih keuntungan dan keberkatan di dunia dan di akhirat.

Huraian Jawapan

Pemasaran merupakan salah satu komponen penting dalam perniagaan. Ini adalah kerana pemasaran akan menyebabkan sesuatu jenama atau produk dikenali ramai dan seterusnya meningkatkan jualan syarikat.

Oleh kerana itu, terdapat pelbagai kaedah pemasaran yang digunakan para peniaga untuk meraih hasil jualan yang banyak.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa pihak yang bersikap melampau dalam melakukan aktiviti pemasaran mereka.

Contoh

Sebagai contoh, menghina dan memaki hamun orang lain, provokasi, membuat kenyataan dan aksi kurang sopan, lucah, melakukan pemasaran dengan cara yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan lain-lain.

Walaupun perbuatan-perbuatan tersebut diketahui tidak elok, namun mereka beranggapan bahawa ianya masih satu bentuk pemasaran untuk perniagaan mereka kerana perbuatan tersebut akan memberi publisiti kepada mereka. Inilah yang menjadi tanggapan mereka, bad marketing is good marketing.

Seorang peniaga muslim mestilah mengamalkan cara hidup hidup Islam yang menyeluruh termasuklah dalam perkara yang melibatkan pemasaran produk mereka. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Surah al-Baqarah (208)

Para ulama menerangkan ayat di atas menuntut seorang muslim untuk sentiasa mengamalkan cara hidup islam yang menyeluruh, melakukan segala suruhan Allah dan tidak meninggalkan perkara yang dilarang.

Dalam konteks permasalahan ini, seorang peniaga perlu berhati-hati dalam memastikan pemasaran yang ingin dilakukan mestilah mengikut apa yang telah digariskan syarak. (Rujuk Tafsir al-Razi 352/5; Tafsir Ibn Kathir 422/1)

Asal hukum bagi muamalat adalah harus selagi tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ini adalah berdasarkan kaedah berikut:

‌الأصل ‌في ‌المعاملات ‌الإباحة إلا ما قام الدليل المعتبر شرعًا على تحريمه

Maksudnya: Hukum asal bagi perkara berkaitan muamalat adalah harus kecuali ada dalil atau perkara diharamkan syarak. (Rujuk Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami 892/5)

Antara perkara yang perlu diambil perhatian ketika melakukan aktiviti pemasaran adalah peniaga perlu elakkan daripada mengaibkan atau melaknat orang lain, mencarut serta menjaga setiap percakapan daripada perkataan yang buruk dan keji. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW:

ليس المؤمن بالطعان, ولا اللعان, ولا الفاحش, ولا البذيء

Maksudnya: Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka yang suka berkata-kata keji dan buruk.

Riwayat Tirmizi (1977)

Peniaga Dituntut Untuk Jaga Kehormatan Diri

Selain itu, peniaga juga dituntut untuk menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah diri seperti menuturkan serta menggayakan aksi dan pakaian tidak sopandan seumpamanya.

Ini adalah kerana perbuatan tersebut amat dilarang dalam Islam. Rujuk juga artikel lepas kami dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-575:Hukum Mempromosikan Barangan Di Media Sosial Dengan Cara Memalukan.

Kesimpulan

Islam tidak menghalang apa-apa daya kreativiti peniaga untuk melakukan pelbagai kaedah pemasaran bagi meraih keuntungan. Namun begitu, kreativiti itu mestilah dalam rangka yang dibenarkan syarak.

Asal hukum berkaitan pemasaran adalah harus selagi tidak melibatkan atau melakukan perkara yang haram. Justeru, konsep bad marketing is good marketing adalah tidak wajar untuk dilakukan seorang peniaga muslim kerana tidak bertepatan dengan syarak.

Wallahualam.

أَيْ دُومُوا عَلَى الْإِسْلَامِ فِيمَا تَسْتَأْنِفُونَهُ مِنَ الْعُمُرِ وَلَا تَخْرُجُوا عَنْهُ وَلَا عَنْ شَيْءٍ مِنْ شَرَائِعِهِ وَلا تَتَّبِعُوا خُطُواتِ، الشَّيْطانِ أَيْ وَلَا تَلْتَفِتُوا إِلَى الشُّبُهَاتِ الَّتِي تُلْقِيهَا إِلَيْكُمْ أَصْحَابُ الضَّلَالَةِ وَالْغَوَايَةِ

يقول الله تَعَالَى آمِرًا عِبَادَهُ الْمُؤْمِنِينَ بِهِ الْمُصَدِّقِينَ بِرَسُولِهِ أَنْ يَأْخُذُوا بِجَمِيعِ عُرَى الْإِسْلَامِ وَشَرَائِعِهِ، وَالْعَمَلِ بِجَمِيعِ أَوَامِرِهِ، وَتَرْكِ جَمِيعِ زَوَاجِرِهِ، مَا اسْتَطَاعُوا مِنْ ذَلِكَ

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan