Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bank Rakyat Komited Perkasa Tadbir Urus Kewangan Masjid Dan Surau
Tiada Kategori

Bank Rakyat Komited Perkasa Tadbir Urus Kewangan Masjid Dan Surau

Siti Sakinah

Bank Rakyat Komited Perkasa Tadbir Urus Kewangan Masjid Dan Surau

KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2025 — Bank Rakyat meneruskan komitmennya dalam memperkasa literasi kewangan masyarakat menerusi penganjuran Seminar Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau bagi membantu memperkukuh aspek tadbir urus kewangan masjid dan surau di seluruh negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Seminar yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Imarah Masjid Negeri Johor Bank Rakyat ini disertai seramai 162 peserta daripada 75 buah masjid di seluruh negeri Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, penganjuran seminar ini selaras dengan komitmen dan peranan Bank Rakyat bagi memperkukuh ekosistem kewangan Islam untuk terus menyokong ekonomi yang progresif, mampan dan inklusif dalam kalangan masyarakat. “Inisiatif ini dapat membantu memberi kesedaran dan pengetahuan terhadap kepentingan tadbir urus kewangan yang baik, meningkatkan tahap kecekapan pengurusan serta memastikan pengendalian kewangan masjid dan surau dilakukan dengan lebih telus, berkesan dan berintegriti.

“Kami juga percaya bahawa tadbir urus kewangan yang baik membantu memperkukuh peranan masjid dan surau yang bukan sahaja menjadi pusat ilmu, ibadah dan kerohanian dalam menyokong kesejahteraan masyarakat, malah sebagai pemangkin kestabilan ekonomi dan kemampanan aktiviti kewangan sosial Islam,” ujar beliau.

Tambah beliau, sebanyak 338 buah masjid dan 430 surau di seluruh negeri Johor telah membuka akaun bersama Bank Rakyat dengan jumlah simpanan keseluruhan sebanyak melebihi RM23.3 juta. Justeru, Bank Rakyat mengalu-alukan lebih banyak masjid dan surau untuk menggunakan kemudahan perbankannya bagi urusan kewangan, termasuk dalam aspek wakaf, infaq dan khairat agar urusan harian dapat diuruskan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan.

Pada majlis yang sama, Bank Rakyat turut menyumbang sebanyak RM225,000 kepada 75 buah masjid dan surau bagi tujuan pengimarahan masjid dan surau di negeri Johor. Mengulas lanjut berkenaan inisiatif lain yang dilaksanakan, Bank Rakyat menganjurkan Program Korban Perdana bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 9 Jun lalu, melibatkan penyertaan pelanggan dan warga kerja yang membuat simpanan di Akaun Simpanan-i Tabung Qurban. Sembelihan 30 ekor lembu korban diedarkan kepada asnaf dan institusi kebajikan di seluruh negeri.

“Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah antara Bank Rakyat dengan setiap pelanggan dan masyarakat setempat, sekali gus memperkukuh pembangunan sosioekonomi masyarakat, institusi masjid dan surau serta meningkatkan kesejahteraan dan kemaslahatan Ummah,” tambah Ahmad Shahril.

Dalam usaha memperkukuh pembangunan ekonomi di negeri Johor, Bank Rakyat turut menyediakan program BRJohorNiaga yang telah menyalurkan sebanyak RM52.3 juta pembiayaan kepada 750 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sehingga Mei 2025.

“Kami mengalakkan usahawan di Johor untuk mengambil peluang kerana program ini masih dibuka sehingga Mac 2026 dan berbaki sebanyak RM47.6 juta,” ujarnya.

Selain itu, Bank Rakyat turut terlibat dalam pelbagai program pendidikan seperti penyaluran bantuan Jabatan Pendidikan Negeri Johor kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi pembukaan Akaun Simpanan-i berjumlah RM12.5 juta bagi setengah tahun pertama 2025, serta program Sekolah Tanpa Tunai di bawah inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) melibatkan seramai 2,539 murid daripada empat buah sekolah iaitu SK Tasek Utara, SMK Tasek Utara, SK Seri Kota Puteri 4 dan SMK Seri Kota Puteri 2.

Sementara itu, Bank Rakyat menyerahkan zakat perniagaan negeri Johor bagi tahun 2024 sebanyak RM2.2 juta bagi membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi serta menyokong pelbagai inisiatif kebajikan masyarakat setempat.