Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Israel Setuju Syarat-Syarat Gencatan Senjata 60 Hari Di Gaza – Trump
WASHINGTON —
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa Hamas supaya menerima cadangan gencatan senjata selama 60 hari di Gaza, dengan mengatakan bahawa Israel telah bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian sedemikian, lapor AFP.
Trump berkata menerusi satu hantaran di media sosial, selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai Israel mengenai konflik antara dua negara itu, menjelang lawatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Washington minggu depan.
“Israel telah bersetuju dengan syarat-syarat yang perlu untuk memuktamadkan gencatan senjata 60 hari, dan dalam tempoh ini kami akan bekerjasama dengan semua pihak bagi menamatkan perang,” katanya.
Beliau berkata wakil dari Qatar dan Mesir, dua pihak yang bertindak sebagai perantara dalam konflik tersebut, yang akan menyampaikan cadangan terakhir ini.
“Saya berharap, demi kebaikan Timur Tengah, Hamas menerima Perjanjian ini, kerana ia tidak akan menjadi lebih baik. Ia hanya akan menjadi lebih teruk,” katanya.
Sebelum ini, Trump mendakwa bahawa Iran dan Israel telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata secara berperingkat bermula Selasa, yang dijangka akan membawa kepada “penamatan rasmi” konflik antara kedua-duanya
“Telah dipersetujui sepenuhnya antara Iran dan Israel bahawa akan berlaku GENCATAN SENJATA SEPENUHNYA,” tulis Trump pada Isnin malam menerusi platform Truth Social miliknya.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Iran atau Israel bagi mengesahkan persetujuan tersebut.
Menurut perincian yang dikemukakan oleh Trump, gencatan senjata itu akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 24 jam, bermula sekitar jam 0400 GMT (12pm waktu Malaysia) pada Selasa.
Tambahnya, Iran juga dijangka menghentikan semua operasinya secara unilateral terlebih dahulu, diikuti Israel 12 jam kemudian.
“Apabila tiba jam ke-24, penamatan rasmi perang selama 12 hari itu akan diraikan oleh seluruh dunia,” katanya, sambil menambah bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk kekal “aman dan saling menghormati” sepanjang setiap fasa proses tersebut.
Sumber: AFP via France24