Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kajian pengguna chatgpt malas otak
Gambar: TIME /Nataliya Kosmyna

Kajian MIT Dedah ChatGPT Jadikan Pengguna Malas, Pemikiran Otak Merosot

Iqbal Yasir

Kajian MIT Dedah ChatGPT Jadikan Pengguna Malas, Pemikiran Otak Merosot

Satu kajian oleh penyelidik Massachusetts Institute of Technology (MIT) Media Lab mendedahkan penggunaan ChatGPT secara berterusan boleh melemahkan kemahiran berfikir secara kritis dan mengurangkan penglibatan otak dalam kalangan pengguna, khususnya golongan muda, lapor TIME.

Dalam kajian tersebut melibatkan 54 peserta berusia antara 18 hingga 39 tahun, dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama akan menggunakan ChatGPT, satu lagi menggunakan enjin carian Google, dan kumpulan ketiga menulis esei tanpa bantuan alat digital.

Setiap peserta diminta menulis beberapa esei gaya peperiksaan SAT, sementara aktiviti otak mereka direkodkan menggunakan teknologi EEG.

Hasilnya mendapati kumpulan yang menggunakan ChatGPT mencatat kadar penglibatan otak paling rendah, dan prestasi mereka turut merosot dari segi neurologi, bahasa dan tingkah laku.

Malah, ramai daripada mereka menjadi semakin malas sepanjang kajian berlangsung, dengan sebahagian besar hanya menyalin dan menampal kandungan yang dijana AI menjelang akhir kajian.

BACA: Kajian Dedah Bahaya “Calar” Pada Periuk Teflon

Sebaliknya, kumpulan yang menulis secara manual menunjukkan sambungan otak tertinggi, terutama pada jalur gelombang alpha, theta dan delta yang dikaitkan dengan kreativiti dan daya ingatan. Mereka juga menunjukkan lebih rasa kepuasan terhadap hasil kerja.

Kajian turut menunjukkan bahawa kumpulan yang menggunakan Google menunjukkan prestasi otak yang aktif dan menghasilkan esei yang lebih mantap berbanding pengguna ChatGPT.

Dalam ujian seterusnya, peserta diminta menulis semula esei mereka, namun kali ini kumpulan ChatGPT perlu menulis tanpa bantuan AI. Hasilnya, mereka sukar mengingati isi kandungan esei asal dan mencatat aktiviti otak yang rendah.

Menurut penyelidik utama Nataliya Kosmyna, penggunaan model bahasa besar (LLM) seperti ChatGPT boleh memberi kesan negatif terhadap pembelajaran, terutama dalam kalangan otak yang sedang berkembang.

“Kami bimbang penggunaan LLM (model bahasa besar) seperti ChatGPT jika tidak dikawal, boleh mengganggu perkembangan otak, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Kajian ini merupakan yang pertama diterbitkan oleh pasukan Kosmyna sebelum melalui proses semakan rakan penyelidik (peer review) sepenuhnya.

Sementara itu, Dr. Zishan Khan, seorang pakar psikiatri kanak-kanak, turut menyuarakan kebimbangan bahawa pergantungan berlebihan terhadap AI dalam tugasan sekolah boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan psikologi dan kognitif kanak-kanak serta remaja.

Sumber: TIME