Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Kamchatka 'Hilang' Ditimbus Salji Terburuk Dalam 60 Tahun
Bayangkan bangun pagi dan buka tingkap tapi yang kelihatan bukan lagi jalan, bukan juga kereta. Sebaliknya, dinding salji setinggi bangunan.
Itulah realiti yang sedang dialami penduduk di Semenanjung Kamchatka, Rusia, apabila wilayah itu dilanda fenomena yang kini digelar penduduk tempatan sebagai "snow apocalypse".
Dalam beberapa hari sahaja, bandar itu bertukar menjadi dunia putih yang kelihatan seperti adegan filem. Kereta hilang ditelan salji, bangunan bertingkat separuh tenggelam dan ada kawasan yang langsung tidak dapat dibezakan antara jalan raya dan bumbung rumah.
Fenomena luar biasa ini bukan sekadar mencuri perhatian penduduk tempatan, malah 'meletup' di media sosial. Video dan gambar tular membuatkan netizen seluruh dunia terkejut dengan keadaan semasa Semenanjung Kamchatka.
Semenanjung Kamchatka sememangnya terkenal dengan musim sejuk yang ekstrem. Namun kali ini, keadaannya jauh lebih luar biasa.
Menurut stesen pemantauan cuaca, lebih dua meter salji direkodkan hanya dalam separuh pertama Januari, jumlah tertinggi dalam tempoh enam dekad.
Longgokan salji pula membentuk timbunan setinggi dua hingga empat tingkat bangunan, menjadikan pemandangan bandar seolah-olah tidak realistik.
Di bandar utama Petropavlovsk-Kamchatsky, jalan-jalan yang digali semula kelihatan seperti lorong sempit diapit tembok salji gergasi.
Dalam pada itu, beberapa video tular menunjukkan penduduk melompat keluar dari tingkap rumah dan mendarat ke atas timbunan salji tebal.
Ramai juga penduduk terpaksa menggali laluan sendiri untuk keluar masuk bangunan, manakala kenderaan langsung tidak dapat digunakan.
Menurut laporan media antarabangsa, salji lebat tanpa henti menyebabkan kehidupan harian lumpuh sepenuhnya. Sekolah dan perniagaan diarahkan tutup, manakala bandar terpaksa beralih kepada kerja dari rumah kerana keadaan jalan yang tidak selamat.
Media tempatan juga melaporkan penduduk mula mengeluh apabila kedai kehabisan bekalan asas seperti roti, susu dan telur. Difahamkan, hal ini berlaku disebabkan sekatan perjalanan dan kesukaran logistik untuk menghantar barangan.
Malangnya, fenomena ini turut meragut nyawa. Salji dan ais yang terkumpul di atas bumbung bangunan jatuh secara tiba-tiba, mengakibatkan dua kematian di wilayah Timur Jauh Rusia.
Pihak berkuasa Rusia juga telah mengisytiharkan darurat di Semenanjung Kamchatka susulan ribut salji besar ini.