Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
jawatan pengerusi pn
Gambar: Facebook Perikatan Nasional
Kenyataan Timbalan SU Agung PN Berhubung Pemansuhan Jawatan Pengerusi PN

Hannah

Kenyataan Timbalan SU Agung PN Berhubung Pemansuhan Jawatan Pengerusi PN

Isu kedudukan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kembali menjadi perhatian susulan penularan surat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepada presiden parti-parti komponen gabungan itu.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, surat berkenaan menyatakan bahawa hasil perbincangan terdahulu mengesahkan jawatan Pengerusi PN dimansuhkan dan isu pelantikan pengerusi tidak lagi berbangkit.

Namun, beliau mendedahkan bahawa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam surat balas kepada Muhyiddin, menafikan perkara tersebut dibincangkan atau diputuskan dalam mesyuarat pada 16 Januari 2026.

"Presiden PAS menyatakan bahawa sepanjang pertemuan pada 16 Januari 2026, isu berkaitan kedudukan Pengerusi PN tidak dibincangkan langsung, apatah lagi sebarang keputusan mengenainya," jelas Takiyuddin dalam sidang media oleh Ahli-ahli Parlimen PN, hari ini.

Takiyuddin turut menjelaskan bahawa PAS secara jelas tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi PN dan menegaskan struktur organisasi gabungan itu mesti kekal seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Kalaupun ada yang menganggap perkara itu telah diputuskan, Presiden PAS menegaskan PAS tidak bersetuju jawatan Pengerusi PN dimansuhkan. Jawatan itu mesti kekal sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan," katanya.

Beliau menambah bahawa perlembagaan PN menetapkan gabungan itu ditadbir oleh Majlis Tertinggi yang merangkumi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung serta kepimpinan parti-parti komponen lain.

"Segala urusan PN hendaklah ditadbir oleh Majlis Tertinggi sebagai badan tertinggi PN. Struktur ini jelas dinyatakan dalam perlembagaan," katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin menegaskan bahawa pendirian PAS adalah jelas bahawa struktur PN perlu dikekalkan selaras dengan perlembagaan yang sedia ada.

Tegas beliau, sebarang perubahan struktur tanpa mematuhi perlembagaan boleh dianggap tidak berperlembagaan dan berpotensi dikenakan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Jika diubah tanpa mengikut perlembagaan, ia merupakan tindakan tidak berperlembagaan dan tindakan boleh diambil oleh Pendaftar Pertubuhan," katanya.