Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketahui Kenapa Harga Emas Naik Bila USD Jatuh

Hannah
harga emas USD jatuh
Gambar: BERNAMA

Ketahui Kenapa Harga Emas Naik Bila USD Jatuh

Perkaitan antara harga emas dengan nilai dolar Amerika Syarikat (USD) bukanlah sesuatu yang baru. Malah, ia sudah lama diperhatikan dalam pasaran global.

Hubungan antara harga emas dan nilai USD sebenarnya sangat kompleks tetapi penting untuk difahami, terutama dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Kaitan antara emas & USD

Umumnya, harga emas dan nilai USD bergerak dalam arah yang bertentangan. Apabila nilai USD melemah, harga emas cenderung meningkat.

Ini kerana emas diniagakan dalam dolar. Jadi, apabila dolar jatuh, emas menjadi lebih murah untuk pembeli luar negara, lalu permintaan meningkat dan harga pun naik.

Pengasas bersama syarikat pelaburan Rocket Dollar, Henry Yoshida menjelaskan bahawa dolar yang kuat biasanya menekan harga emas.

Manakala, dolar yang lemah meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset perlindungan nilai, sekali gus melonjakkan harganya.

Adakah harga emas sentiasa bertentangan dengan USD?

Walaupun secara amnya harga emas dan USD bergerak dalam arah bertentangan, ia bukanlah satu hubungan yang mutlak.

Dalam keadaan krisis global atau ketidaktentuan kewangan, kedua-dua emas dan USD boleh naik secara serentak kerana kedua-duanya dianggap sebagai “safe-haven assets” atau aset perlindungan nilai ketika krisis.

Presiden Argo Digital Gold, Michael Petch berkata, pembelian emas oleh kerajaan dalam skala besar juga boleh menyebabkan harga naik walaupun dolar masih kuat.

Kenapa harga emas semakin meningkat?

Namun, kejatuhan USD bukan satu-satunya sebab emas menjadi semakin mahal. Beberapa faktor lain turut mendorong kenaikan harga emas secara berterusan, antaranya:

1. Pembelian oleh bank pusat

Negara-negara Asia seperti China dan India telah meningkatkan rizab emas mereka secara besar-besaran.

Langkah ini meningkatkan permintaan global terhadap emas, menjadikannya lebih mahal.

2. Sentimen pelabur

Ramai pelabur kini melihat emas sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan ketidaktentuan pasaran.

Ini menyebabkan lebih banyak dana mengalir ke dalam pasaran emas.

3. Proses “de-dollarization”

Negara-negara dalam gabungan BRICS+ kini sedang mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS dalam perdagangan antarabangsa.

Mereka memilih emas sebagai alternatif simpanan nilai.

4. Perubahan dalam corak pasaran

Emas kini tidak hanya bergerak seiring nilai dolar, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor-faktor global lain seperti konflik geopolitik, dasar fiskal Amerika dan ketidaktentuan ekonomi.

Faktor tambahan yang mempengaruhi harga emas

Sementara itu, Kevin Bryan dari The Alloy Market pula menyenaraikan beberapa faktor lain yang turut mencetuskan kerumitan dalam hubungan emas dan dolar. Antaranya:

1. Kekangan bekalan: Gangguan pengeluaran emas seperti mogok lombong atau peraturan alam sekitar boleh menghadkan penawaran emas dan menyebabkan harga naik.

2. Risiko geopolitik: Ketegangan global dan perang dagang sering membuat pelabur mencari perlindungan dalam emas.

3. Kebimbangan inflasi: Walaupun dolar kuat, pelabur mungkin tetap memilih emas sebagai pelindung daripada inflasi.

4. Pelaburan digital dalam emas: Aplikasi pelaburan emas dan ETF menjadikan emas lebih mudah diakses tetapi juga lebih sensitif terhadap sentimen pasaran.

5. Perubahan dasar luar negara: Banyak negara kini mula menukar simpanan rizab dolar kepada emas sebagai langkah jangka panjang.

BACA: Doktor Dakwa “Sedu” Boleh Undang Strok Paling Berbahaya

BACA: Suasana Meriah Sambut Jemaah Haji Malaysia Di Makkah, Curi Perhatian Ramai

BACA: 4 Penjenayah Terkenal Pernah Dipenjara Di Alcatraz

Sumber: CBS News