Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Lesen Tidak Diperbaharui
Kredit: Astro Awani

Lesen Memandu Tamat Tempoh Lebih 3 Tahun Dianggap Tak Aktif, Tidak Layak Dapat Subsidi RON95

Athirah

Lesen Memandu Tamat Tempoh Lebih 3 Tahun Dianggap Tak Aktif, Tidak Layak Dapat Subsidi RON95

Individu yang memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang telah tamat tempoh melebihi tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan hari ini memaklumkan sistem Kementerian Kewangan (MoF) akan membuat sekatan terhadap mana-mana lesen yang tidak sah.

“Kementerian Kewangan telah pun mengumumkan syarat-syarat yang melibatkan subsidi RON95 iaitu kepada semua warganegara Malaysia dengan menggunakan MyKad, tetapi dengan syarat bahawa mereka mempunyai lesen memandu yang sah.

“Lesen memandu yang sah, dalam takrifan adalah lesen yang diperbaharui atau yang masih aktif. Lesen yang masih aktif ini juga termasuk lesen yang tidak diperbaharui dalam tempoh sehingga tiga tahun. Ia dianggap sebagai aktif dalam sistem kita.

“Mana-mana lesen yang tidak diperbaharui lebih daripada tiga tahun itu dikira tidak aktif lagi dan mereka tidak layak mendapat subsidi RON95,” kata beliau.

Jika pemegang lesen tidak memperbaharui lesen tersebut melebihi tempoh tiga tahun, lesen itu dianggap tidak aktif dan individu berkenaan secara automatik hilang kelayakan untuk menerima subsidi.

Rakyat Malaysia bakal menerima subsidi RON95 mulai 30 September ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mulai 30 September 2025.

Selain itu, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter.

Bagi golongan yang tidak layak seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

Semua warganegara tanpa mengira tahap pendapatan yang memiliki lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik.

“Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 9STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

“Namun, tumpuan Kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan prasarana asas,” tambah YAB Dato’ Seri Anwar.

Di samping itu, semua rakyat menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan.

BACA: RON95 Atau RON97? Mana Yang Lebih Baik Untuk Enjin Anda
BACA: Anak Mengadu Sakit Kepala, Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta

Sumber: Astro Awani