Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hukum harta haji badal
Kredit: Alharamain

Mufti WP Jelaskan Hukum Guna Harta Si Mati Untuk Tunaikan Badal Haji

Azizah Najib

Mufti WP Jelaskan Hukum Guna Harta Si Mati Untuk Tunaikan Badal Haji

Kewajipan menunaikan haji merupakan Rukun Islam yang kelima. Biarpun termaktub kepada mereka yang mampu, sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim berusaha sebaiknya dalam memastikan rukun kelima ini dapat dipenuhi sebelum ajal menjemput.

Ramai antara kita ternanti-nanti cabutan nama menunaikan haji berikutan kuota yang terhad. Biarpun ada yang sudah menerima panggilan daripada Tabung Haji, namun ada juga mereka yang terpaksa menangguhkan hasrat berikutan pelbagai kekangan termasuk kesihatan yang tidak mengizinkan biarpun kewangan mencukupi. Lagi memilukan, penangguhan demi penangguhan menerpa sehingga ajal menjelma.

Namun bagi mereka yang berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadah haji sebelum ajal, apakah tugas yang perlu digalas oleh waris? Adakah waris masih perlu menunaikan haji bagi pihak arwah? Bagaimana pula dengan urusan kewangan, adakah waris dibolehkan untuk menggunakan wang peninggalan arwah?

Bagi menjawab persoalan ini, mari kita ikuti penjelasan mendalam daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.

Soalan:

Assalamualaikum wbt SS Mufti dan asatizah. Saya mempunyai pertanyaan berkenaan Badal Haji. Ayah saya telah meninggal dunia pada 3/7/2024. Sepanjang hidup tidak pernah mengerjakan haji. Adakah saya perlu menyimpan sedikit dari harta atau wang peninggalan arwah ayah saya untuk kos badal hajinya? Mohon pencerahan daripada Datuk Mufti dan asatizah. Terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Seseorang yang mempunyai kemampuan untuk mengerjakan haji namun tidak sempat untuk mengerjakannya semasa hidup, maka pihak waris wajib melaksanakan haji untuk si mati. Perbelanjaan atau upah badal haji diambil dari sebahagian harta peninggalannya kerana ibadat haji adalah sama seperti hutang yang perlu diselesaikan.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat serta mereka yang mengikut jejak Langkah baginda hingga hari kiamat.

Apabila seseorang itu mempunyai kemampuan untuk mengerjakan ibadat haji namun tidak sempat untuk mengerjakannya, maka menjadi tanggungjawab ahli waris untuk mengerjakan badal haji bagi pihaknya. Hal ini sepertimana yang terdapat dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA ketika mana Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita lalu bertanya:

إِنَّ أُمِّي ‌نَذَرَتْ ‌أَنْ ‌تحجَّ، فَمَاتَتْ قَبْلَ أَنْ تحجَّ، أفأحجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: (نَعَمْ، حُجِّي عَنْهَا، أرأيتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أكنتِ قاضِيَتَهُ). قَالَتْ: نعم، فقال: (فاقضوا اللهَ الَّذِي لَهُ، فإنَّ اللهَ أحقُّ بِالْوَفَاءِ).

Maksudnya: “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk menunaikan ibadat haji, namun dia meninggal sebelum sempat menunaikan haji. Adakah aku boleh menunaikan haji bagi pihaknya? Baginda menjawab: Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apakah pendapatmu sekiranya ibumu memiliki hutang, adakah kamu akan melunaskannya? Di menjawab: Ya. Baginda bersabda: Kamu tunaikanlah hak Allah yang menjadi milik-Nya kerana sesungguhnya hak Allah itu lebih patut untuk ditunaikan.”

(Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj menyatakan bahawa ibadat haji disamakan dengan hutang serta terdapat tuntutan untuk melunaskannya, maka ia menunjukkan kewajipan mengerjakan haji bagi pihak si mati dan perbelanjaannya diambil daripada harta si mati. Jelas beliau lagi, sekiranya si mati tidak meninggalkan harta pusaka, maka gugurlah kewajipan haji ke atasnya begitu juga ahli waris tidak wajib mengerjakan haji bagi pihaknya. Namun bagitu, sunat bagi para waris mahupun orang asing mengerjakan haji bagi pihak si mati.

Selain itu, permasalahan ini juga telah dibincang serta diputuskan dalam Resolusi Muzakarah Haji Tahun 2005 yang menyebut:

“Apabila berlaku kematian seseorang yang belum sempat mengerjakan haji semasa hayatnya sedangkan dia sudah mampu mengerjakan haji, ahli warisnya berkewajipan menolak jumlah yang mencukupi untuk badal hajinya sebelum harta peninggalan tersebut diagihkan mengikut faraid.”

Perihal berkaitan kadar perbelanjaan badal haji bagi si mati juga turut dinyatakan Muzakarah Haji Tahun 2010 yang meyatakan bahawa:

“Perbelanjaan badal haji wajib tidak terbatas kepada 1/3 harta peninggalan si mati.”

Oleh yang demikian, jelas bahawa perbelanjaan atau upah untuk melaksanakan badal haji bagi si mati yang meninggal dunia yang telah mempunyai kemampuan untuk mengerjakan haji semasa hidupnya adalah diambil dari harta peninggalan si mati.

Kesimpulan

Seseorang yang mempunyai kemampuan untuk mengerjakan haji namun tidak sempat untuk mengerjakannya semasa hidup, maka wajib bagi pihak waris melaksanakan hajinya. Adapun berkenaan perbelanjaan atau upah badal haji, ia hendaklah diambil dari sebahagian harta peninggalannya kerana ibadat haji adalah sama seperti hutang yang perlu diselesaikan.

Wallahu A’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA: Penganjuran Aktiviti Pelajar Di Masjid, MPP UPM Tampil Beri Penjelasan

BACA: Jenis Kesalahan Dikesan Kamera AwAS & Senarai Lokasi Terkini