Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik
Berpisah dengan pasangan bukan satu gurau senda yang perlu ada dalam kehidupan masyarakat kita. Penceraian dan talak adalah pembubaran hubungan antara suami dan isteri dengan ikatan perkahwinan yang terjalin secara sah.
Walaupun dalam agama Islam mahupun agama lain tidak menggalakkan penceraian ini berlaku, namun ia dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat kini.
Perkongsian daripada seorang peguam syarie menerusi laman Twitternya Beardinlihyah menjelaskan beberapa faktor penceraian dalam situasi paksaan. Mari kita teliti satu persatu.
Just nak maklum la kan, berkenaan isu lafaz cerai luar mahkamah, suami dakwa bahawa berlaku ada paksaan. Macam mana nak menilai paksaan ni?
Paksaan ni mesti hadir dalam satu situasi yang mendatangkan kemudaratan.
Contoh paling jelas adalah;
1. Isteri tengah pegang pisau hulur dan ugut kalau x lafaz cerai, isteri akan bunuh suami
2. Isteri tengah acu pisau dekat anak-anak dan ugut kalau tak lafaz cerai akan cederakan anak-anak
3. Isteri tengah cuba untuk bunuh diri dan ugut kalau tak lafaz cerai, isteri akan bunuh diri.
Untuk situasi yang disebutkan ini, jelas kalau berlaku lafaz secara paksaan, ada kebarangkalian untuk Mahkamah pertimbangkan lafaz yang dibuat suami.
Tetapi kalau lafaz cerai disebabkan tak nak berlaku pergaduhan berpanjangan, atau isteri ugut kalau tak lafaz cerai, isteri akan lari daripada rumah atau taknak taat pada suami, ini bukan di dalam situasi paksaan yang menyebabkan berlaku kemudaratan.
Makanya suami jangan la suka-suka sebut perkataan lafaz cerai tu, sebab sebagai suami, anda ada pilihan dan kebijaksanaan untuk menilai sebelum ambil keputusan untuk lafaz dan kena ingat, selagi tak berlaku atau tidak pernah berlaku apa-apa perkara yang mendatangkan kemudaratan, anggapan sama skali tidak boleh diterima.
Sumber: Afiq Fadhil