Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pempengaruh Maut Selepas Makan Ketam Beracun
Seorang pempengaruh makanan terkenal Filipina dilaporkan meninggal dunia selepas memakan sejenis krustasea berbisa yang dikenali sebagai 'ketam syaitan'.
Memetik The Sun, Emma Amit, 51, dikatakan mengunyah hidupan laut yang jarang ditemui itu sebelum rebah di kediamannya selepas campuran toksin memasuki aliran darahnya.
Rakaman video menunjukkan pempengaruh berkenaan mengangkat ketam itu ke mulutnya sebelum memakannya dengan senyuman di wajah.
Emma dan rakan-rakannya sebelum itu memburu kerang-kerangan dan ketam di kawasan hutan paya bakau berhampiran rumahnya di Wilayah Palawan, Filipina, pada 4 Februari.
Tidak sampai 24 jam, ibu kepada seorang anak itu mengalami sakit tenat apabila campuran kuat neurotoksin memasuki aliran darahnya.
Jiran-jiran berkata dia mengalami sawan ketika dikejarkan ke sebuah hospital tempatan, sebelum keadaannya bertambah buruk dan membawa maut.
Emma disahkan meninggal dunia pada 6 Februari, hanya dua hari selepas memakan ketam tersebut.
Sementara itu, ketua Kampung Luzviminda, Laddy Gemang, menasihatkan penduduk tempatan supaya tidak 'mempertaruhkan' nyawa mereka dengan memakan haiwan berbahaya itu.
Laddy mengakui terkejut dengan perkara yang menimpa Emma kerana mangsa dan suaminya dikenali sebagai nelayan berpengalaman.
"Sangat menyedihkan, mereka sepatutnya tahu, dia dan suaminya kedua-duanya nelayan.
"Mereka tinggal di tepi laut, jadi saya tahu mereka sedar mengenai ketam syaitan ini yang berbahaya untuk dimakan," katanya.
Menurutnya lagi, pegawai kampung telah dihantar ke rumah Emma bagi menyiasat kes tersebut.
Cengkerang ketam itu yang berwarna terang ditemui dibuang bersama sampah di rumahnya.
"Saya melihat ada kira-kira lapan cengkerang. Saya tidak tahu sama ada semuanya ketam syaitan, namun semuanya kelihatan serupa.
"Jadi kepada penduduk Puerto Princesa, saya menggesa anda supaya lebih berwaspada.
"Jangan makan ketam syaitan berbahaya ini kerana ia telah meragut dua nyawa di bandar ini. Jangan mempertaruhkan nyawa anda," ujarnya lagi.
Ketam syaitan atau juga dikenali sebagai ketam terumbu toksik merupakan spesies yang hidup di terumbu karang di seluruh rantau Indo-Pasifik.
Ia dianggap sebagai ketam paling beracun di Filipina, dengan separuh daripada kes keracunan dilaporkan membawa maut.