Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penyebab musibah indonesia
Gambar: ANTARA

Penyebab Musibah Di Indonesia

Hannah

Penyebab Musibah Di Indonesia

Umum diketahui, musibah banjir yang melanda Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat baru-baru ini meninggalkan kesan tragis.

Sekitar 3.3 juta penduduk terjejas, manakala lebih 700 nyawa melayang. Tidak hanya itu, puluhan ribu bangunan, termasuk rumah, sekolah dan jambatan, musnah sama sekali.

Difahamkan, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menjelaskan punca banjir ialah curah hujan yang sangat tinggi akibat Siklon Senyar.

Keadaan kawasan tadahan air yang tidak mampu menampung hujan secara optimum turut menyumbang kepada bencana ini.

Bagaimanapun, banyak pihak percaya bahawa penebangan hutan di hulu sungai sebenarnya penyumbang utama kepada bencana ini.

Tambahan pula, video tular di media sosial menunjukkan pokok-pokok yang ditebang hanyut dibawa arus. Data juga menunjukkan bahawa Sumatera antara pulau yang paling banyak kehilangan hutan di Indonesia.

Kementerian Perhutanan menjelaskan bahawa kayu yang dihanyutkan adalah kayu tua yang sudah reput. Namun, kerosakan alam sekitar yang terkumpul selama ini tetap menjadi ‘bom jangka’ yang akhirnya meletup sebagai bencana besar.

Slow violence?

Fenomena banjir kilat di Sumatera digambarkan oleh Budiyanto Dwi Prasetyo, seorang penyelidik sosiologi alam sekitar, sebagai “slow violence”. Ia merujuk kepada satu bentuk kekerasan yang berlaku perlahan-lahan, tersembunyi, tetapi sangat berbahaya.

Konsep ini diperkenalkan oleh ahli akademik dari Princeton University, Rob Nixon. Ia menunjukkan bagaimana kerosakan alam yang dibiar begitu sahaja oleh pihak berkuasa sebenarnya boleh dianggap sebagai satu bentuk kekerasan.

Berbeza dengan kekerasan yang jelas seperti penganiayaan, slow violence sukar dilihat kerana ia berlaku secara perlahan. Tetapi, akhirnya ia meletus sebagai bencana besar.

Dalam kes banjir kilat di Sumatera, Budiyanto menjelaskan terdapat dua sebab utama yang menunjukkan bahawa bencana ini berpunca daripada campur tangan manusia.

1. Daya hancur banjir yang luar biasa

  • Banjir kali ini sangat kuat dan merosakkan, jauh lebih teruk daripada hujan lebat yang pernah berlaku sebelum ini. Di Aceh, kerosakan akibat banjir ini digambarkan seperti “Tsunami kedua” selepas Tsunami 2004.

  • Dalam lima puluh tahun terakhir, Aceh dan Sumatera Utara tidak pernah alami banjir besar dengan kesan sebesar ini.

  • Dahulu, hutan yang masih utuh membantu menyerap air hujan, melindungi hidupan liar dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

2. Aktiviti eksploitasi sumber alam

  • Selepas Reformasi 1998, Indonesia membuka peluang besar kepada pelabur asing untuk mengusahakan sumber alam.

  • Menurut Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (Walhi), sekurang-kurangnya tujuh syarikat beroperasi di kawasan hulu Sungai Batang Toru, tempat bermulanya banjir kilat di Sumatera Utara.

  • Aktiviti seperti menebang hutan, membuka ladang sawit, lombong emas dan projek tenaga telah merosakkan jutaan hektar hutan.

  • Akibatnya, air hujan tidak lagi dapat diserap dengan baik, menyebabkan banjir melanda kawasan hilir dan menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk.

Selain itu, kerajaan dikritik kerana kurang telus dalam proses pemberian lesen kepada syarikat, manakala sokongan kepada pelabur sering dilihat lebih memihak kepada syarikat.

‘Kejahilan’ yang meningkatkan risiko

Menurut Budiyanto, projek seperti Pembangkit Listrik Tenaga Air (PLTA) Batang Toru menunjukkan bagaimana keputusan masa lalu boleh meningkatkan risiko bencana.

Terdahulu, penyelidik telah memberi amaran bahawa projek ini boleh merosakkan fungsi hutan dan mengancam habitat orang utan Tapanuli. Tetapi, amaran tersebut diabaikan.

Selepas banjir, kerajaan berkata akan menilai semula lesen syarikat. Biarpun dilihat sebagai langkah mengambil tindakan, istilah ‘menilai semula’ dilihat hanya meredakan kemarahan orang ramai tanpa menyelesaikan isu pengabaian yang berulang.

BACA: Polis Temui Mayat Ibu Sendiri Ketika Operasi Menyelamat

BACA: Dua Kanak-kanak Menangis Lihat Rumah Hancur ‘Disapu’ Banjir

BACA: Ayah Melutut, Meraung Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh

Sumber: The Conversation