Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Persoalan Saiz Tudung
Gambar: OnePath Network

Persoalan Saiz Tudung, Ini Jawapan Mufti

Iqbal Yasir

Persoalan Saiz Tudung, Ini Jawapan Mufti

Setiap agama menyuruh penganutnya untuk berpakaian secara sopan baik lelaki mahupun perempuan. Ia juga dapat mengelakkan kita daripada anasir-anasir dan perkara buruk.

Dalam agama Islam telah menetapkan syarat menutup aurat terhadap golongan muslim dan muslimah. Bagi muslim, bahagian yang wajib ditutupi adalah dari pusat hingga lutut.

Manakala, bagi mereka yang muslimah pula, bahagian yang wajib dilindungi ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Selain itu, pakaian yang dikenakan juga mestilah tidak terlalu ketat atau jarang. Sewaktu berada di luar, golongan wanita kebiasaannya mengenakan hijab.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai aspek dan persoalan yang timbul mengenai saiz tudung yang wajar dipakai.

Lanjutan itu, mari kita fahami topik menarik ini yang dikongsikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.

Persoalan Saiz Tudung

Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SOALAN

Assalammualaikum. Suami saya perli saya pakai tudung labuh, dia kata malu dengan kawan-kawan. Katanya tudung bidang 45 memadai menutupi aurat tanpa perlu memakai tudung labuh bidang 60. Persoalanya, adakah saya perlu mempertahankan dengan memakai tudung labuh dalam keadaan suami yang tidak reda atau ikut kata suami dengan pakai tudung bidang 45 kerana masih batas menjaga aurat? Adakah wajib ikut arahan suami agar meninggalkan amalan yang lebih warak? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

BACA JUGA: Hukum Guna ‘Buy Now Pay Later’, Boleh Atau Tidak? Ini Jawapan Mufti

Ringkasan Jawapan:

Perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggayakan tudung ialah mematuhi kehendak syarak. Apabila tudung saiz 45 digayakan dengan cara labuh menutupi dada dan tidak nipis (jarang), maka ia masih dalam kerangka menepati tuntutan syarak. Oleh itu, situasi soalan tersebut bergantung kepada kebijaksanaan isteri menggayakan tudung yang menepati kehendak syarak tidak kira saiz bidang 60 mahupun 45 pada masa sama mengikut kehendak suaminya pada perkara kebaikan. Hal ini memakai tudung saiz 45 yang menutupi dada dan tidak nipis, maka ia sudah cukup menepati syarak. Bahkan, sekiranya suami mengarahkan sesuatu perkara yang harus mahupun sunat maka ia menjadi kewajipan isteri untuk mentaatinya selagi dalam kerangka makruf dan bukan perkara maksiat. Namun memakai tudung saiz 60 lebih sopan, warak dan terpuji. Sebaiknya kedua-dua pasangan saling berbincang bagi mencari kesefahaman dan memelihara hak kedua-dua pasangan.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Keluasan Berpakaian

Secara umumnya, Islam tidak menetapkan jenama khusus dalam menggayakan pakaian sekalipun berfesyen. Namun, perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggayakan pakaian ialah menepati ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan mengikut kehendak syarak. Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk memakai pakaian yang menutup aurat bersandarkan firman-Nya:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ ‎﴿٢٦﴾

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya”

Surah Al-A’raf (26)

BACA JUGA: Apa Hukum Kalau Beli Emas Secara Trade In? Ikuti Penjelasan Mufti Ini

Berdasarkan ayat di atas, terdapat tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah SWT iaitu pakaian untuk menutup aurat, pakaian untuk perhiasan dan pakaian takwa. Perkataan “اللباس” dalam ayat tersebut merujuk pakaian asas (daruriyyah) untuk menutup aurat. Manakala “الريش” ialah sesuatu yang dipakai supaya nampak cantik pada luarannya (takmilat). Sementara, pakaian taqwa yang dimaksudkan secara kiasan (majazi) ialah amal soleh menurut Ibnu Abbas

Parameter menutup aurat dengan sempurna bagi wanita ialah keseluruhan anggota kecuali muka dan kedua tapak tangan. Perintah menutup aurat bagi kaum wanita berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ

Maksudnya : “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;

Surah an-Nur 31

Ibn Abbas memberi makna ayat “kecuali apa yang zahir” ialah muka dan dua tapak tangan. Ini merupakan pendapat yang masyhur dalam kalangan majoriti ulama.

Perkataan {وَلْيَضْرِبْنَ} yang membawa maksud “hendaklah mereka memakai” menunjukkan suruhan perbuatan atau perintah wajib. Khumurالخمرkata jamak bagi ” الخِمَار “iaitu tudung wanita yang menutup kepala wanita. Sementara, tafsiran جُيُوبِهِنَّۖ ialah menutup sehingga kawasan dada wanita.

BACA JUGA: Mufti Perjelas Hukum Panggil GOAT Kepada Pemain Bola Sepak

Antara kriteria menutup aurat dengan sempurna ialah tidak memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit. Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab menyatakan wajib penutup aurat itu dengan suatu yang tidak menunjukkan sifat warna kulit seperti kain yang tebal, kulit atau kertas. Sekiranya tipis, maka ia tidak menepati syarat kerana tidak mencapai tujuan menutup aurat.

Merujuk pada situasi soalan yang diajukan, peranan suami dalam mendidik kepada perkara makruf dan isteri wajib mentaatinya. Hal ini berdasarkan dalil-dalil berikut :

Firman Allah SWT,

ِ ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”

al-Nisa’ (34)

Suami berperanan mendidik isteri agar bersama – sama menunaikan segala kewajiban dan menghalang mereka daripada melakukan perkara maksiat.

Sementara, tanggungjawab isteri pula mentaati perintah suami pada perkara yang makruf selagi dalam kerangka syarak, Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”.

Riwayat Ibn Hibban (4163)

BACA JUGA: Betul Ke Suami Wajib Beri Nafkah Secara Khusus Kepada Isteri?

Setiap ketaatan itu mestilah pada perkara yang tidak bertentangan dengan syarak sebagaimana sandaran hadis yang diriwayatkan daripada Ali bin Thalib bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا طَاعَةَ في مَعْصِيَةٍ، إنَّما الطَّاعَةُ في المَعروفِ.

Maksudnya : “Janganlah kamu mentaati perkara – perkara maksiat, sesungguhnya ketaatan itu adalah hanya pada perkara yang makruf (kebaikan)”.

Riwayat Sahih Muslim 7257

Yang dimaksudkan makruf ialah bukan perkara mungkar mahupun maksiat. Perkara makruf termasuklah ketaatan yang wajib, sunat dan harus di sisis syarak. Bahkan seandainya suami mengarahkan sesuatu perkara yang harus, maka menjadi kewajipan isteri untuk mentaatinya selagi dalam kerangka makruf dan bukan perkara maksiat.

Seterusnya maksud warak ialah sikap berhati-hati untuk menjauhi sesuatu perkara syubhah kerana takut terjerumus kepada perkara haram dan juga berusaha melazimi amalan-amalan terpuji. Oleh itu, selagi melaksanakan kebaikan dan menjauhi perkara haram, maka ia dalam kerangka makruf.

Oleh yang demikian, sekiranya isteri tersebut menuruti perintah suaminya dengan memakai tudung saiz bidang 45 dengan gaya yang menutupi dada dan tidak nipis, maka seseorang isteri dianggap melakukan perkara yang menepati syarak kerana mentaati suami pada perkara makruf.

Wallahu A’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan