Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pertempuran Di Sempadan Pakistan-Afghanistan Ragut Puluhan Nyawa
Afghanistan dan Pakistan yang kini berdepan ketegangan baharu, masing-masing mendakwa menewaskan puluhan anggota tentera pihak lawan selepas pertempuran sengit tercetus di kawasan sempadan antara kedua-dua negara itu pada Ahad lalu.
AFP melaporkan pasukan Taliban Afghanistan melancarkan serangan ke atas tentera Pakistan di sepanjang sempadan bersama pada lewat Sabtu.
Difahamkan, serangan itu dilakukan sebagai tindakan balas terhadap serangan udara tentera Pakistan ke atas Kabul pada Khamis lalu.
Islamabad tidak secara langsung mengaku bertanggungjawab terhadap serangan udara tersebut, namun berulang kali menegaskan haknya untuk mempertahankan diri daripada ancaman militan yang menurutnya dirancang dari wilayah Afghanistan.
Kedua-dua negara sudah beberapa kali bertempur di kawasan sempadan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada 2021.
Bagaimanapun, pelanggaran ruang udara ke dalam wilayah Afghanistan dilihat sebagai satu bentuk peningkatan ketegangan yang serius.
Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid, mendakwa seramai 58 anggota tentera Pakistan terbunuh dan kira-kira 30 lagi cedera dalam pertempuran itu, manakala sembilan anggota Taliban turut terkorban.
Dalam kenyataan berasingan, tentera Pakistan mendakwa seramai 23 anggotanya terbunuh, manakala lebih 200 anggota Taliban serta kumpulan sekutunya terkorban.
Dalam pada itu, AFP tidak dapat mengesahkan jumlah angka korban berkenaan.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi memaklumkan keadaan kini masih terkawal.
“Operasi kami semalam mencapai matlamatnya. Rakan-rakan kami seperti Qatar dan Arab Saudi menyeru perang dihentikan dan ketika ini pertempuran sudah pun berakhir,” katanya ketika lawatan ke India.
Sebelum ini, sebuah unit tentera Afghanistan menggambarkan letupan di ibu negara sebagai serangan udara, namun Mujahid menegaskan insiden itu hanya pelanggaran ruang udara dan tiada kerosakan dikesan.
Sumber: AFP