Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Rakyat Malaysia Bakal Menerima Subsidi RON95 Mulai 30 September Ini
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini mengumumkan Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mulai 30 September 2025.
Menerusi kenyataan itu, subsidi berkenaan merupakan manfaat kepada rakyat tempatan.
“Kerajaan MADANI telah mengotakan komitmennya untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 dan mengurangkan harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.
Selain itu, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter.
Bagi golongan yang tidak layak seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
Menurut kenyataan lagi, semua warganegara tanpa mengira tahap pendapatan yang memiliki lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik.
“Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 9STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
“Namun, tumpuan Kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan prasarana asas,” tambah YAB Dato’ Seri Anwar.
Di samping itu, semua rakyat menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan.
Manakala pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
Difahamkan, siling kelayakan bulan ini telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan, di mana lebih 99 peratus pemandu kenderaan persendirian di negara ini tidak melepasi jumlah tersebut.
Oleh itu, Kerajaan telah mengambil langkah untuk memudahcarakan proses untuk rakyat memanfaatkan harga bersubsidi RON95. Antaranya ialah
Pertama, tiada pendaftaran diperlukan
Kedua, hanya satu langkah tambahan iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi
Ketiga, terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan.
Di samping itu, terdapat pilihan digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGO.
Menurut kenyataan lagi, pelaksaan program ini akan dijalankan secara berperingkat untuk memastikan kelancaran sistem tanpa lonjakan penggunakan yang mendadak.
Pada 27 September 2025, sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis.
Pada 28 September 2025, sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40
Pada 30 September 2025, sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
“Kerajaan MADANI menasihati rakyat agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95
“Walau bagaimanapun, rakyat tidak perlu tergesa-gesa memperbaharui MyKad sekiranya mereka berjaya menebus bantuan SARA kerana itu membuktikan cip MyKad berfungsi,” ujar kenyataan lagi.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung BUDI95 dari semasa ke semasa.
“Orang ramai disarankan untuk merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat yang terkini dah sahih,” katanya.
Sumber: Kementerian Kewangan