Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tiada bukti kuala lumpur tidak selamat
Sumber: BERNAMA

Tanah Jerlus: Tiada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Kuala Lumpur Tidak Selamat

Hannah

Tanah Jerlus: Tiada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Kuala Lumpur Tidak Selamat

KUALA LUMPUR (Bernama) — Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata tidak ada bukti kukuh yang boleh menyokong dakwaan bahawa bandar raya ini tidak selamat untuk diduduki seperti laporan yang ditularkan oleh media sosial.

Maimunah berkata Kuala Lumpur telah lama dibangunkan dan dakwaan bahawa ia tidak selamat untuk pembangunan perlu disertakan dengan bukti dan kajian yang kukuh.

“Saya berpendapat Kuala Lumpur telah lama dibina dan selama ini ia selamat. Oleh itu kalau nak katakan tidak selamat mesti ada bukti kukuh dan kajian terperinci.

“Berikutan itu kami telah wujudkan pasukan petugas termasuk Jabatan Geologi dan Jabatan Kerja Raya untuk melihat serta kaji keadaan ini, namun kalau dilihat daripada keadaan semasa Kuala Lumpur masih selamat kecuali ada bukti kajian,” katanya dalam sidang media di Jalan Masjid India di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy dan Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Narendran Maniam.

BACA: Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan

Beliau berkata pasukan itu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah diaktifkan.

Maimunah berkata hasil mesyuarat penyelarasan bersama pelbagai agensi yang berkaitan, beliau memberi jaminan situasi sekitar Jalan Masjid India dan Kuala Lumpur amnya adalah terkawal serta selamat untuk dikunjungi.

Sebelum ini tular di Facebook hantaran yang dimuat naik oleh seorang aktivis alam sekitar pada 2015 yang mendakwa tempat paling tidak selamat di Malaysia adalah Kuala Lumpur dan berpotensi berlaku ‘giant sinkhole’ pada bila-bila masa.

Hantaran itu antara lain menyebut 40 hingga 60 peratus dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur dan pembangunan tanpa henti dengan sistem saliran yang tidak tersusun boleh menyebabkan kejadian itu lebih cepat berlaku.

BACA: Insiden Tanah Jerlus: Operasi Hari Kedua Belum Temukan Petunjuk Baharu

BACA: Anak Setia Menanti Berita Ibu Hilang Dalam Insiden Tanah Jerlus

Sumber: BERNAMA