Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Terlalu Percaya ChatGPT, Percutian Wanita Ini Berakhir Dengan Kerugian
Seiring dengan peredaran zaman, semakin ramai pelancong menggunakan chatbot AI (kecerdasan buatan) untuk merancang perjalanan atau percutian.
Menurut portal Daily Mail UK, seorang wanita dari Amerika Syarikat telah menyedari dan menerima nasihat yang salah apabila diarahkan ke sebuah muzium yang sebenarnya tidak beroperasi pada hari kejadian.
Dia yang merupakan seorang perunding pemasaran menggunakan ChatGPT untuk mendapatkan nasihat perjalanan semasa lawatan terbarunya ke Paris, Perancis.
Bagaimanapun, chatbot itu juga telah melakukan beberapa kesilapan dalam memberi informasi, termasuk mencadangkan lawatan ke Musée d’Orsay pada hari Isnin sedangkan muzium itu tidak dibuka pada tersebut.
“Saya juga meminta cadangan tentang restoran yang terletak dalam jarak berjalan kaki 10 minit dari Menara Eiffel, namun ia memberi saya cadangan restoran yang sebenarnya lebih jauh dan mengambil masa lebih kurang 20 minit jauhnya,” katanya.
Situasi itu terjadi kepada ramai pelancong Britain yang menggunakan teknologi tersebut untuk mendapatkan infomasi pelancongan.
Difahamkan, jumlahnya meningkat dua kali ganda dari tahun lepas.
Kajian oleh ABTA mendapati peratusan individu yang menggunakan AI untuk merancang perjalanan mereka meningkat sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kini, nisbah satu daripada 12 orang menggunakan teknologi berkenaan untuk tujuan tersebut.
Dalam pada itu, penemuan ini menunjukkan bahawa AI mula memainkan peranan yang semakin besar dalam mempengaruhi keputusan berkaitan percutian.
Pakar AI, Jonas Muthoni, yang telah menganalisis ribuan kandungan yang dijana turut menguji ChatGPT untuk percutian terbarunya ke Kenya.
AI itu dengan yakin mencadangkan lawatan ke Taman Negara Maasai Mara semasa musim penghijrahan utama tanpa menyebut bahawa keadaan jalan yang sesak dan ramai pelancong, menjadikan beberapa rumah penginapan tidak dapat diakses.
“AI itu menggunakan maklumat daripada laman web pelancongan lama dan bukannya pengetahuan tempatan terkini,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, pengurus pemasaran digital, Milton Brow turut mengambil inisiatif untuk menguji ChatGPT ketika sedang bercuti.
Difahamkan, ChatGPT mencadangkan hotel 40 peratus lebih mahal harganya berbanding pilihan lain yang mempunyai penarafan setaraf di jarak yang hanya tiga blok daripada hotel berkenaan.
“Hotel-hotel yang disyorkan itu sebenarnya menjalankan kempen pemasaran digital agresif yang menyasarkan kata kunci yang digunakan untuk melatih AI tersebut,” jelasnya.
Sumber: Daily Mail