Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
adik aiman perlu sumbangan
Gambar: Natipah Abu
Tiada Kategori

Terpaksa Matang Demi Keluarga Di Usia 15 Tahun, Adik Aiman Perlu Sumbangan Ringankan Beban

Nurhanis

Terpaksa Matang Demi Keluarga Di Usia 15 Tahun, Adik Aiman Perlu Sumbangan Ringankan Beban

Acap kali kita melihat aktivis masyarakat, Natipah Abu berkongsi berkenaan kisah yang menyayat hati tentang insan-insan yang tertentu memerlukan bantuan dan pada kali ini, kisah adik Aiman Ikhwan menjadi sorotan untuk dikongsikan kepada umum.

Meskipun baru mencecah usia 15 tahun, namun Aiman Ikhwan tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak menjaga dan menyara ahli keluarganya yang sakit terlantar akibat penyakit kronik.

Anak kedua dari tiga orang adik-beradik itu mula menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas bapanya diserang strok sejak tujuh tahun lalu yang menghalang dirinya melakukan sebarang aktiviti termasuk bekerja.

“Saya sedih, dulu saya sakit dia bawak saya berubat merata ceruk kampung. Tapi bila dia sakit, saya tak boleh buat apa-apa pun..” | Gambar: Natipah Abu/Facebook

Dulu, bapanya mencari rezeki di sebuah kilang baja, pun begitu setelah diserang penyakit angin ahmar yang mengakibatkan kehilangan kemampuan untuk menggerakkan badan, kini lelaki berfigura ayah itu hanya mampu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah.

BACA: Pemandu Halang Ambulans Kecemasan Bawa Pesakit ‘Dihukum’

Keadaan bapanya, sudah tidak sama seperti dahulu, cara bercakap dan berjalan semuanya berbeza menunjukkan penyakit strok itu amat serius. Bagaimanapun, rasa syukur itu masih terbit dalam diri Aiman apabila bapanya pada ketika ini masih boleh menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Dulu normal, namun ketika usia 6 bulan, abang menjalani pembedahan masalah usus tersumbat dua kali sebelum terkena jangkitan kuman & sawan. Empat bulan diwad. Ibu kata, sebab itulah jadi OKU. | Gambar: Natipah Abu/Facebook

Aiman dikurniakan seorang abang sulung yang berusia 20 tahun, tetapi pada usia enam bulan dia terkena jangkitan kuman dan sawan dan selepas melakukan pembedahan kali kedua, abangnya menjadi orang kurang upaya (OKU) di mana tahap pemikirannya menyerupai adik perempuan bongsu yang berumur sembilan tahun.

Pada ketika ini, abangnya masih bersekolah dan ditempatkan pada aliran Pendidikan Khas.

Manakala ibunya pula kini terlantar setelah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam kepala sejak tiga minggu lalu. Sebelum melakukan pembedahan, ibunya sering sakit kepala dari hari bertukar minggu, dari minggu bertukar bulan, dari bulan bertukar tahun.

Setiap kali pemeriksaan dilakukan, perkataan yang keluar dari mulut doktor hanyalah ‘migrain’ sehingga satu tahap, keadaan ibu semakin teruk di mana dia mula diserang sawan hingga membuatkan penglihatan ibu mula kabur akibat juling.

Perkara itu membuatkan para perawat membuat keputusan untuk melakukan imbasan MRI terhadap ibu dan keputusan menunjukkan ibu perlu menjalani pembedahan. Seperti biasa, setiap perkara mempunyai risiko yang tersendiri, doktor menyatakan keadaan ibu mungkin akan berubah 100 peratus dan lebih parah akan kehilangan nyawa.

Aiman Ikhwan atau dikenali dengan panggilan Angah menunjukkan xray kepala ibu yang jelas menampakkan ketumbuhan. Dalam usia 15 tahun, dia terpaksa matang demi keluarga | Gambar: Natipah Abu/Facebook

Selepas bertahun menolak dengan alasan mahu menjaga keluarganya, ibu akhirnya berserah dan memilih untuk menjalani pembedahan kerana keadaan semakin kritikal.

Seperti yang dikatakan, ibunya sememangnya terlantar, tidak boleh bergerak, bercakap dan penglihatannya juga masih kabur tetapi matanya sudah tidak lagi juling.

“Saya sedih, dulu saya sakit dia bawa saya berubat di merata ceruk kampung. Tapi bila dia sakit, saya tdiak boleh buat apa-apa pun,” ujar suaminya.

BACA: Myvi Hilang Ketika Beli Nasi Lemak

Aiman yang masih bersekolah terpaksa mengambil cuti kerana perlu menjaga ibunya yang sakit. Sehingga hari ini, Aiman masih menguruskan ibunya dengan melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, seperti menukar lampin, mandikan ibu dan sebagainya.

Mereka sekeluarga hanya hidup dengan wang PERKESO bapa sebanyak RM700 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diberi secara bulanan kira-kira RM450.

Barangan yang dibeli juga tidaklah murah, ibu masih memerlukan susu khas dan lampin dewasa. Setelah dikira-kira wang yang dapat sememangnya tidak mampu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Aiman yang masih percaya setiap hujung terowong mempunyai sinar, tidak pernah berputus harap dengan keadaan ibunya dan percaya satu hari nanti permaisurinya akan sembuh walaupun pada ketika ini dia perlu melupakan dahulu alam persekolahan memandangkan dia hanyalah satu-satunya tulang belakang keluarga.

Kini, dia terpaksa matang demi keluarga supaya kehidupan keluarganya terjaga di masa akan datang.

Rakan-rakan sekalian, adik Aiman perlukan bantuan dari kita semua. Perkara di atas hanyalah gambaran kasar tentang kehidupan Aiman dan mungkin terdapat beberapa kisah yang tidak mampu diungkapkan di sini.

Marilah kita sama-sama membantu meringankan beban adik Aiman dengan menyumbang kepada akaun Natipah Abu 552107617521 (Maybank). Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan mampu mengubah nasib mereka sekeluarga.

Didoakan semoga urusan adik Aiman dan keluarga dimudahkan dan diberikan kesembuhan kepada ayah, ibu dan abangnya.

Sumber: Natipah Abu/Facebook