Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tulislah bahasa melayu
Kredit: Abdullah Hassan/AFP

“Tulislah Bahasa Melayu Dengan Ejaan Penuh,” – Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Azizah Najib

“Tulislah Bahasa Melayu Dengan Ejaan Penuh,” – Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Dunia perniagaan bukan satu dunia yang baharu dalam komuniti kita. Aktiviti perniagaan telah lama bermula sejak zaman dahulu seperti yang kita pelajari dalam subjek Sejarah. Bermula dengan sistem barter, iaitu pertukaran barang dengan barang hingga kepada sistem wang.

Kini, teknologi telah membuka peluang kepada peniaga untuk lebih jauh ke hadapan, mencapai pelanggan menerusi dalam talian.

Biarpun cara berniaga dan capaian pemasaran berubah-ubah, namun terdapat satu perkara yang masih kekal sebagai tunjang dalam satu-satu aktiviti perniagaan. Komunikasi.

Seluas manapun capaian pelanggan yang kita sasarkan, jika penggunaan bahasa ketika berkomunikasi tidak kena dan gagal menambat hati bakal pelanggan, sudah pasti strategi pemasaran kita tidak akan berjaya sepenuhnya. Malah, mungkin menyebabkan kita buang begitu banyak masa tanpa mendapat sebarang pulangan.

Seorang konsultan pemasaran dan perniagaan, Ahmad Mohamad Afandi berkongsi satu pesanan berharga yang diterimanya daripada Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Menerusi perkongsian ini, tidak dapat disangkal pesanan ini perlu kita turunkan kepada generasi peniaga-peniaga baru.

Nasihat Berharga dari Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang tokoh bahasa yang dihormati, Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan.

Kredit: Ahmad Mohamad Afandi

Dalam perbualan kami, beliau berkongsi satu nasihat yang pada mulanya kelihatan mudah tetapi sangat mendalam: “Tulislah dengan ejaan penuh.”

Menurut beliau, menggunakan bahasa Melayu dengan ejaan penuh bukan sahaja memudahkan pembaca memahami, tetapi juga memudahkan mereka mengingati apa yang kita sampaikan.

Saya mendapati nasihat ini sangat berguna, lebih-lebih lagi dalam penulisan copywriting, di mana kejelasan dan impak mesej adalah segala-galanya.

Kadang-kadang, kita cenderung menggunakan singkatan, bahasa SMS, atau bahasa gaul kerana ia kelihatan ringkas. Namun, kesan jangka panjangnya mungkin sebaliknya.

BACA: Banjir: Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Keselamatan Elektrik Dan Gas

Pertama sekali, apabila kita menulis dengan ejaan penuh, kita memberi peluang kepada pembaca bagi membaca dengan lancar tanpa gangguan. Contohnya, bandingkan dua ayat berikut:

1. “Brg ni utk sape2 yg nk bli, mmg best giler!”

2. “Barang ini untuk sesiapa yang ingin membeli, memang sangat menarik!”

Ayat pertama mungkin cepat ditulis, tetapi ia memaksa pembaca untuk berfikir sejenak, meneka maksud setiap perkataan.

Ayat kedua lebih lancar dan lebih mudah difahami tanpa perlu ‘menghuraikan’ maksud perkataan tertentu. Dalam copywriting, jika pembaca perlu berhenti bagi memahami maksud sesuatu perkataan, kita berisiko kehilangan minat mereka.

Bayangkan anda menjalankan perniagaan dalam talian dan ingin menarik pelanggan baru dengan menulis iklan di media sosial.

Jika kita menggunakan singkatan atau gaya penulisan yang terlalu kasual, mesej tersebut mungkin tidak dapat diserap dengan baik.

Misalnya:

1. “Jgn lepaskn peluang ni! Grenti ada diskaun yg best!”

2. “Jangan lepaskan peluang ini! Kami jamin ada diskaun yang menarik!”

Pada pandangan pertama, ayat pertama nampak lebih ringkas dan sesuai untuk media sosial. Namun, ayat kedua menggunakan ejaan penuh yang lebih jelas dan formal.

Ini memberi kesan yang lebih profesional dan meyakinkan. Dalam dunia pemasaran, kepercayaan pelanggan adalah penting.

Ejaan penuh menunjukkan bahawa kita serius dalam menyampaikan mesej, dan ini boleh meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama atau perniagaan kita.

BACA: Boleh Buat Aktiviti Macam Manusia, Elon Musk Perkenal Robot Optimus

Selain itu, ejaan penuh membantu pembaca lebih mudah mengingati apa yang kita tulis. Apabila mesej kita jelas dan tidak memerlukan mereka untuk meneka maksudnya, maklumat tersebut akan lebih mudah diingati.

Contohnya, jika anda menulis iklan seperti ini:

“Setiap pembelian hari ini layak mendapat penghantaran percuma.”

Ayat ini jelas, mudah difahami, dan terus ke maksudnya. Pembaca tidak perlu berfikir panjang bagi memahami apa yang kita tawarkan, dan ini membantu mesej tersebut kekal dalam ingatan mereka.

Nasihat Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan tentang menggunakan ejaan penuh adalah sesuatu yang sangat praktikal, terutamanya dalam penulisan pemasaran.

Kejelasan dalam mesej bukan sahaja memudahkan pembaca memahami, tetapi juga membina kepercayaan dan meningkatkan daya ingatan mereka terhadap mesej yang kita sampaikan.

Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif ini, kejelasan adalah satu kelebihan.

Jadi, bagi sesiapa yang ingin menulis, sama ada bagi pemasaran, blog, atau apa sahaja, cubalah menulis dengan ejaan penuh.

Bukan sahaja ia membantu mesej kita disampaikan dengan lebih berkesan, tetapi juga memastikan pembaca lebih mudah mengingati apa yang kita katakan.

Sekian Tulisan Subuh dari saya.

BACA: Kira Siap-Siap, Lelaki Kongsi Bajet Belanja Untuk Masuk Rumah Baharu

Sumber: Ahmad Mohamad Afandi