Siakap Keli
Ustaz Azizan Al Farisi

Qari Terkenal, Ustaz Nik Azizan Al Farisi Meninggal Dunia

Seorang pendakwah bebas dan guru mengaji taranum serta qari yang cukup dikenali ramai iaitu Ustaz Azizan Al Farisi meninggal dunia sekitar jam 7.30 pagi pada Rabu.

Berita duka pemergian Allahyarham Ustaz Azizan Al Farisi ini disampaikan menerusi laman Facebook Amin Idris sebentar tadi.

Sungguh terkejut kerana pagi ini menerima berita duka pemergian Senior Falahiah Ust Nik Azizan Al Farisi jam 7:30pagi tadi. Seorang Qari yang merdu suaranya, baik bacaannya. Kami semua pasti akan merindui bacaanmu Abe Jijey. Moga Allah mengampuni, merahmati dan mengasihimu…
.
‎«إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلٌّ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى، فَلْتَصْبِرْ، وَلْتَحْتَسِبْ»
Sesungguhnya milik Allah segala yang Dia ambil dan segala yang diberi juga adalah milikNya dan segala sesuatu disisiNya ada ketentuan ajalnya. (Riwayat Bukhari).

Selain pernah terlibat dalam program Mari Bertaranum yang pernah disiarkan di sebuah stesen tv, vide-video perkongsian Allahyarham mengenai ilmu taranum juga boleh diakses di saluran Youtube sehingga ke hari ini.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aminn.

BACA: Ini Senarai Lokasi Kios & Kios Pihak Ketiga KWSP, Boleh Kunjungi Untuk Urusan-urusan Ini

Sumber: Amin Idris

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.