Pernah tak, anda berdepan dengan situasi dimana anda perlu menandatangani sesuatu dokumen, tetapi masalahnya, dokumen itu berada dalam format digital misalnya format Dokumen Words atau PDF? Lebih memeningkan kepala, anda tiada akses kepada mesin pencetak dan dokumen itu perlu ditandatangani dengan segera.
Dulu, mahu tak mahu, anda sememangnya tiada pilihan lain dan perlu mencari mesin pencetak untuk mencetak dokumen digital itu ke atas kertas. Namun, seiring dengan perkembangan dunia dihujung jari, sebenarnya anda boleh menandatangani sesuatu dokumen secara digital, tanpa perlu mencetaknya terlebih dahulu.
Disini, kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara untuk memasukkan tandatangan anda ke dalam Dokumen Words dan PDF bagi memudahkan urusan harian anda.
Dokumen Digital Words
Pertama, anda perlulah membuka perisian Microsft Word terlebih dahulu. Kemudian, tekan Right Click dan pilih Customize the Ribbon. Disini, akan keluar satu paparan menu.
Di bahagian kanan paparan menu tersebut, anda klik Draw dan tekan Okay. Kemudian, pilihan Draw ini dipaparkan pada bahagian atas tab menu Words. Klik Draw, senarai tools akan dipaparkan seperti pen dan sebagainya.
Untuk memudahkan proses tandantangan digital, pilih pen dan boleh mula menurunkan tandatangan secara digital pada ruang yang dimahukan. Jika mahu mengubah posisi atau saiz tandatangan, anda cuma perlu menekan ikon Cursor yang ada disebelah ikon pen dan boleh menyesuaikan tandatangan seperti yang diinginkan.
Untuk lebih mudah difahami, anda boleh semak tips ini dalam video dibawah bermula daripada minit 1:40.
Dokumen Digital PDF
Bagi dokumen PDF pula, pertama sekali anda sudah tentulah perlu memastikan aplikasi PDF sudah dipasang dalam telefon bimbit anda.
Sekiranya sudah dipasang, anda perlu membuka aplikasi berkenaan. Kemudian pergi kepada bahagian Action. Skroll hingga kebawah hingga ada menemui paparan Sign a PDF.
Seterusnya, klik akaun Browse dan pilih dokumen PDF yang ingin ditandatangani. Buka dokumen berkenaan dan sentuh di kawasan yang dimahukan, kemudian satu kotak Signature akan dipaparkan. Turunkan tandatangan anda disitu.
Anda boleh mengubah saiz atau posisi tandatangan anda selepas itu. Lebih menarik, tandatangan anda ini akan disimpan secara automatik dan boleh digunakan untuk dokumen-dokumen lain. Jadi, tandatangan anda akan seragam untuk semua dokumen. Boleh juga tonton video dibawah bermula minit 11:09.
Semoga bermanfaat.
BACA: Rusia Lancar Aplikasi Baharu Rossgram, Ganti Instagram Dari Amerika
Sumber : Youtube Wiser