Siakap Keli
berat badan
Gambar: Azirahzulkifli

Dari 89kg ke 57kg , Wanita Kongsi Amalan Diet Sihat, Kini Tampil Lebih Bergaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kegigihan untuk menurunkan berat badan sehingga tampil lebih cantik dan bergaya merupakan satu usaha yang wajar dipuji. Bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Ada orang yang berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh waktu yang singkat dan ada juga yang mengambil masa selama bertahun-tahun.

Seperti wanita ini yang berkongsikan perbezaan dirinya pada tahun 2018 dan 2022 hasil usahanya menurunkan berat badan.

Menerusi kirimannya di Twitter, Azirah Zulkifli memuatnaik beberapa keping foto yang memaparkan transformasi dirinya. Dia kini dilihat lebih ramping dan sangat berbeza dari tahun sebelumnya.

Dalam ciapan itu, dia juga turut berkongsikan tips diet sihat yang diamalkan olehnya iaitu dengan melakukan calorie deficit dan bersenam selama 90 minit setiap hari.

BACA: Ambil Masa 3 Tahun, Wanita Turun Berat 31 Kg Amal Diet Sihat Ini, Kini Tampil Lebih Bergaya

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsian diet sihat yang diamalkannya di bawah ini.

Dari kecik tak pernah merasa BMI normal

Hello guys, untuk yang bertanya macam mana azi lost weight, I just do calorie deficit dan exercise 90 mins everyday. 45 minit siang, 45 minit malam. Kalau tak larat, sehari buat 45 minit je asal ada keluar peluh on that day. Jenis exercise pun azi tak buat yang intense punya tau, sebab mengah.

My everyday exercise brisk walk depan laptop je, follow YouTuber Leslie Sansone heheheh. Tengok dia buat nampak macam senang je, tapi bila dah follow betul-betul step dia, peluh lencun ya! Tapi tak kisah pun exercise apa yang korang buat, janji ikut kemampuan diri ya. Slowly but surely.

Diet sihat

For food intake, azi memang cut manis dan all fast food. I love salad! Hehe azi selalu breakfast salad dan telur rebus dua biji. Lunch pula azi selalu makan ayam bakar blackpepper bersama segenggam nasi atau dua keping roti wholemeal. Dinner selalu roti wholemeal & peanut butter skippy je.

3L plain water issa must!! Hehehe. So my cheat day selalunya dua minggu sekali kot. Tapi tu lah kalau cheat day pun azi control juga sebenarnya tak minum manis. Kalau makan kfc ke, azi makan satu ayam dada je, the rest bagi orang lain. Harus ku korbankan kulit ayam favourite ku! Lol hahahahah

Oh satu lagi, nak kurus ni first thing yang kena buat sebenarnya kena ubah mindset. Nak mulakan sesuatu tu memang susah, kena lalui macam-macam dugaan. Yes, the struggle is real. Tapi itulah, azi selalu tanya diri sendiri setiap kali rasa nak give up “sampai bila kau nak gemuk zi?”

Dihubungi oleh SK, Azirah berkata beratnya pada tahun 2018 ialah 89kg manakala kini beratnya 57kg. Menurutnya, dia mula melakukan diet pada tahun 2020.

Sumber: Azirahzulkifli

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.