Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pencipta bersama (co-creator) komik Doraemon, Fujiko Fujio A dilapor telah meninggal dunia pada pagi Khamis di kediamannya di Kawasaki, Tokyo pada usia 88 tahun.
Merujuk Anime News Network, pihak polis pada awalnya menerima laporan mengenai kejadian Fujiko yang dilapor rebah sekitar pukul 8:40 pagi di kediamannya.
Bagaimanapun figura manga Doraemon itu akhirnya disahkan meninggal dunia ketika pihak polis tiba di rumahnya.
Difahamkan, polis turut menyiasat punca kematiannya, namun hasil pemeriksaan awal mendapati mendiang tidak mengalami sebarang kecederaan atau luka yang mencurigakan.
Imbas kembali sejarah hidupnya, Fujiko atau nama sebenarnya Motoo Abiko merupakan anak lelaki sulung kepada seorang sami di sebuah kuil bersejarah yang terletak di wilayah Toyama tengah.
Namun difahamkan mereka telah meninggalkan kuil tersebut selepas ayahnya mati ketika dia berada di tingkatan lima, seperti yang pernah diceritakan kepada media tempatan ketika hidup dahulu.
“Kematian ayah memberi impak yang banyak dalam perubahan hidup saya, jika dia tidak meninggal saya mungkin akan menjadi seorang sami ketika ini,” katanya kepada agensi media Asahi Shimbun pada 2020 lalu, lapor NDTV.

Difahamkan juga, mereka mulakan kerjaya sebagai rakan kongsi pada tahun 1951 dan bersama-sama menghasilkan karya dengan nama pena ‘Fujiko Fujio’ dan berkongsi sebuah apartment di Tokyo bersama artis manga lain yang terkenal seperti Osamun Tezuka.
Ketika awal kerjaya, mereka giat memproduksi sebuah iklan ‘Q-Taro’ yang mengisahkan ‘anak hantu’ yang baik budi pekerti tapi nakal yang tinggal bersama-sama keluarga manusia. Iklan ini mendapat tempat di mata Jepun dan juga negara luar ketika itu.
Selain itu, Fujiko juga berjaya menghasilkan pelbagai manga sendiri termasuk Ninja Hattori, seorang ninja yang menjadi kawan baik kepada kanak-kanak biasa serta karya-karya lain untuk golongan dewasa.
Walaupun sudah lama berkawan dengan Fujimoto, Fujiko pernah mengakui bahawa dia sendiri amat jarang membaca kartun Doraemon.
“Saya cuba elak untuk baca karya ‘Doraemon’ sebagai langkah berjaga-jaga, kerana apabila saya membacanya, saya mungkin akan terpegaruh oleh fikiran bahawa saya mampu untuk melukis seperti itu,” katanya sambil ketawa (ketika masih hidup), lapor NDTV