Siakap Keli
melody road di jepun
Gambar via Zunita Ramli

Jalan Unik ‘Melody Road’ Di Jepun, Keluar Lagu ‘Merdu’ Bila Kereta Lalu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Melody Road’ jalan unik yang mengeluarkan bunyi dengan luncuran tayar cuma ada di beberapa buah negara termasuk Jepun.

Menempuh perjalanan yang panjang dengan menaiki kenderaan sama ada kereta, motosikal atau apa jua jenis kenderaan yang bertayar pasti membosankan tanpa alunan lagu atau muzik. Lebih-lebih lagi jika perjalanan itu adalah perjalanan ‘solo’ dan juga pada waktu malam.

Sebagai pemecah sunyi dan hilangkan bosan, biasanya kita akan pasang alunan muzik atau lagu menerusi radio yang tersedia pada kenderaan atau kereta. Tapi, apa yang menariknya adalah di Jepun terdapat satu jalan yang mengeluarkan lagu digelar sebagai ‘Melody Road’. 

Memetik perkongsian dari salah seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun, jalan ini yang juga ada di beberapa buah negara lain rupanya dipercayai berasal dari negara matahari terbit ini. Ia dikatakan akan mengalunkan lagu apabila tayar kenderaan ini meluncur di atasnya. 

Namun, bagaimana jalan ini berfungsi hingga boleh mengeluarkan bunyi? mengupas lanjut mengenai perkara ini, kami sertakan perkongsian dari Zunita Ramli di bawah sebagai penambahan ilmu baru. Semoga bermanfaat. 

Melody Road atau ‘Jalan Berlagu’ adalah jalan yang mengalunkan lagu

Melody Road, atau “Jalan Berlagu” adalah jalan yang mengalunkan lagu apabila kenderaan meluncur di atasnya. Melody Road dikatakan berasal dari Jepun walaupun ianya juga terdapat di negara lain seperti Denmark dan Hungary.

Tanda ini menandakan jalan Ini adalah Melody Road. (Gambar via Zunita Ramli)
Tanda ini menandakan jalan Ini adalah Melody Road. (Gambar via Zunita Ramli)

Jadi macam mana jalan ini boleh hasilkan lagu?

Special “groove” atau garisan panjang dipotong pada permukaan jalan raya di mana ia kemudiannya akan bertindak balas dengan geseran pada tayar kenderaan.

Kedalaman dan kelebaran “groove” ini yang menentukan volume dan bunyi yang dihasilkan. Nampak mudah, tetapi ianya memerlukan ketelitian dan ketepatan yang tinggi kerana ada note lagu yang memerlukan jarak groove sekecil 5mm!

Ini adalah “groove” yang dipotong pada jalan raya. Saiz dan kelebaran “groove” ini menentukan volume dan bunyi. (Gambar via Zunita Ramli)

Menariknya, Melody Road ini dibina bukan untuk suka-suka. Melody Road ini dibina sebenarnya untuk menggalakkan pemandu memandu mengikut had laju yang ditetapkan, kerana irama lagu dengan tempo yang betul hanya boleh didengar pada had laju yang betul.

Selain itu, Melody Road ini juga dikatakan boleh meningkatkan “alertness” pemandu yang mengantuk yang melalui jalan tersebut. Jalan berlagu mungkin mampu untuk “kejutkan” pemandu yang mengantuk ketika memandu. Tapi kalau pandu sorang pada waktu malam, lain macam jugak la alert dia tu.

Papan tanda Melody Road akan bermula di hadapan. (Gambar via Zunita Ramli)
Papan tanda Melody Road akan bermula di hadapan. (Gambar via Zunita Ramli)

Di Jepun, ada 28 lokasi yang anda boleh jumpa Melody Road dan ini sebahagian daripadanya:

When You Wish Upon a Star (Disney Movie) ーGunma Prefectural Road 36 Shibukawa Shimo-Shinden Line

• Always With Me (Studio Ghibli Masterpiece, Spirited Away) ー National Route 353 (Gunma)

•Fuji no Yama ー Yamanashi Prefectural Road Fuji Kawaguchiko Fuji Line

• Sanpo (My Neighbor Totoro) ー Sera, Sera, Hiroshima

• Country Road (Studio’s Ghibli) ー National Route 252, Fukushima

Kalau nak dengar “live” Melody Road punya lagu, boleh dengar kat sini: https://youtu.be/y_xvfZUqAtg

 

 

BACA: Banjir Di Baling: Tiga Sekeluarga Termasuk Wanita Hamil Dikhuatiri Hilang

BACA JUGA: Proses Kat Rumah Je, Abang Ni Kongsi Cara Nak Buat Sendiri Minyak Masak Guna Buah Sawit

Sumber: Zunita Ramli (Facebook)

Faiz Mustafa