Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Gambar: Daily Mail

Pengendali Syarikat Buru Haiwan Dilapor Maut, Ditembak Di Bahagian Kepala

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Pengendali Syarikat Buru Haiwan Dilapor Maut, Ditembak Di Bahagian Kepala

AFRIKA SELATAN – Seorang pemburu haiwan dilaporkan telah mati ditembak oleh perompak yang menyerang hendapnya sewaktu traknya mengalami kerosakan, lapor Daily Mail.

Mangsa yang berumur 55 tahun, mengendalikan sebuah syarikat yang menggalakkan aktiviti ‘eko-memburu’ sambil berkongsikan gambar-gambar haiwan terancam yang telah mati dibunuh.

Mangsa telah ditemui mati bersebelahan dengan kereta miliknya di Limpopo selepas terpaksa berhentikan keretanya kerana rosak.

Saksi menyatakan bahawa dua orang lelaki yang menaiki sebuah kereta Nissan berwarna putih telah menghampiri dan menembak kepala mangsa dari jarak dekat sebelum melarikan diri bersama pistol milik mangsa.

Jurucakap polis Lt. Kol. Mamphaswa Seabi berkata, pihaknya masih belum mengetahui motif pembunuhan itu.

“Lelaki itu terbaring dengan mukanya ke atas dan terdapat darah di kepala dan mukanya.

“Motif serangan dan pembunuhan masih tidak diketahui pada ketika ini,” katanya.

Seorang pengembala lembu tempatan dilaporkan telah terdengar bunyi tembakan dan kemudiannya terlihat sebuah Nissan putih memecut laju pergi ke arah Marken.

Kartrij pistol juga dilaporkan telah ditemui di sebelah mayat mangsa.

Difahamkan bahawa syarikat mangsa juga ada menawarkan servis safari memburu di utara Afrika Selatan berhampiran Taman Negara Kruger.

Harga memburu dicaj sebanyak £250( RM1,337), dan pelanggan boleh memohon harga istimewa sekiranya ingin memburu singa, harimau bintang, badak sumbu hitam, gajah belukar Afrika dan kerbau Afrika.

Haiwan lain yang ditawarkan oleh syarikatnya termasuklah babun, dubuk, zebra dan warthog.

Pertubuhan bukan kerajaan Protect All Wildlife mendakwa mangsa turut terlibat dalam pembiakan dan penjualan zirafah kepada pelanggan semata-mata untuk tujuan memburu.

Sumber: Daily Mail

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%