Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
sebut kalimah allah dalam niat wuduk tandas
Kredit: Pejabat Mufti WP

Hukum Sebut Kalimah ‘Allah’ Ketika Niat Wuduk Dalam Tandas

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Hukum Sebut Kalimah ‘Allah’ Ketika Niat Wuduk Dalam Tandas

Kalimah ‘Allah’ merupakan kalimah suci dan perlu dijaga kesuciaannya. Malah, kita juga dituntut untuk menghormati kesucian kalimah Allah. Apa-apa buku atau bahan yang mengandungi kalimah ini perlu diletakkan di tempat yang tinggi.

Sudah semestinya, kita akan mengelakkan daripada menulis atau menyebut kalimah suci ini ketika berada di dalam tandas. Ini kerana, tandas diketahui sebagai tempat yang kotor dimana manusia melepaskan ‘hajatnya’.

Berbicara berkenaan kalimah suci ini, kita sedia maklum umat Islam wajib mendirikan solat lima fardu tak kira dimana pun kita berada.

Sesetengah tempat yang kita kunjungi, tidak menyediakan tempat wuduk yang sewajarnya untuk kita menyempurnakan solat. Jadi, pilihan yang tinggal adalah mengambil wuduk di dalam tandas.

Lalu timbul persoalan, apakah hukum kita melafazkan lafaz niat mengambil wuduk yang mengandungi kalimah Allah ketika berada di dalam tandas?

Bagi menyelesaikan persoalan ini, kita serahkan kepada alim ulama yang ahli dalam bidangnya. Kali ini, kami bawakan jawapan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga bermanfaat.

SOALAN

Assalammualaikum. Saya nak tanya bolehkah lafazkan “basmallah” mahupun melafazkan niat wuduk di dalam tandas yang mana lafaz tersebut ada kalimah “Allah”. Lebih-lebih lagi banyak hotel dan bangunan yang bilik air bercampur tandas. Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Niat wuduk merupakan salah satu rukun yang menjadikan keabsahan wuduk. Adapun melafazkan niat wuduk adalah sunat bagi membantu hati menghadirkan niat. Namun sekiranya berada di tandas mahupun bilik air, memadai hanya berniat wuduk di dalam hati sahaja tanpa perlu melafazkan nama Allah seperti niat : “sahaja aku mengangkat hadas kecil”. Hal ini kerana lafaz “اللَّهِ تَعَالَى” tidak menjadi syarat keabsahan wuduk dan hukum menyebut kalimah “Allah” di dalam tandas adalah makruh.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat

Niat merupakan salah satu rukun wuduk berdasarkan firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ

Maksudnya:” Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.”

(Surah al-Maidah : 6)

Niat itu tempatnya dihati dan melafazkannya adalah sunat berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafie.

Imam As-Syirazi menyatakan bahawa wajib berniat di dalam hati kerana niat adalah kehendak. Apabila dilafazkan dengan lisan dan hatinya berkehendak, maka ia lebih menguatkannya. Oleh itu, Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa niat yang diwajibkan dalam wuduk adalah berniat dengan hati sedangkan lafaz niat dengan lidah tidak wajib.

Apabila dihimpunkan niat dengan hati serta melafazkan dengan lisan, maka ia lebih kuat dan lebih baik menurut kesepakatan ulama mazhab syafi’i. Justeru, melafazkan niat hanya sunat.

Sementara itu, niat wuduk tidak disyaratkan untuk menambah “اللَّهِ تَعَالَى” (kerana Allah) bahkan memadai berniat hanya “mengangkat hadas”. Hal ini kerana ibadah semestinya khusus semata-mata kerana Allah SWT. Seterusnya, melafazkan “basmallah” adalah sunat dan sah wuduk tanpa menyebutnya.

Seterusnya hukum berzikir menyebut nama Allah SWT di dalam tandas atau sedang menunaikan hajat adalah makruh. Perkara ini dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam karya Raudhah al-Tolibin :

وَاسْتِصْحَابُ مَا عَلَيْهِ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى عَلَى الْخَلَاءِ مَكْرُوهٌ، لَا حَرَامٌ. وَالسُّنَّةُ أَنْ يَقُولَ عِنْدَ دُخُولِ الْخَلَاءِ: (بَاسِمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ) . وَيَقُولُ إِذَا خَرَجَ: (غُفْرَانَكَ، الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي)

“Menyebut zikirullah dalam tandas adalah makruh bukan haram. Oleh itu, disunatkan membaca doa ketika hendak masuk tandas (Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dari-Mu daripada gangguan Syaitan jantan dan Syaitan betina). Seterusnya, doa ketika keluar tandas (Aku memohon keampunan-Mu, Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kekotoran daripada tubuhku dan menyihatkan diriku”.

Selain itu, apabila bersin tidak perlu menjawab “Alhamdulillah” ketika berada di dalam tandas, namun sekiranya hanya dalam hati tanpa menggerakkan lisannya, maka ia tidak haram.

Penutup

Kesimpulannya, hukum melafazkan “basmallah” mahupun niat wuduk yang disertakan kalimah “اللَّهِ تَعَالَى” (kerana Allah) ketika berada di dalam tandas adalah makruh.

Wallahu A’lam

BACA: 11 Warga Palestin Terbunuh Di Tebing Barat

Sumber: Pejabat Mufti WP