Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Liverpool gol manchester united
Gambar: PAUL ELLIS/AFP

Liverpool Kenduri Gol Di Anfield, Tewaskan Manchester United

Iqbal Yasir

Liverpool Kenduri Gol Di Anfield, Tewaskan Manchester United

ANFIELD — Dalam perlawanan ke-25 Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan pasukan Liverpool berjaya membelasah Manchester United di laman sendiri dengan keputusan tujuh gol tanpa balas pada awal pagi tadi.

Memetik ESPN, kemenangan The Reds ke atas United membolehkan skuad kendalian Klopp melonjak ke tangga ke-5 liga di bawah Tottenham Hotspurs dengan mengumpul 42 mata secara keseluruhan.

Selepas seminggu menjuarai Piala Carabao dan kemarau trofi sejak 2017. United bertandang ke gelanggang keramat The Reds bagi saingan liga seterusnya.

Bagaimanapun, siapa sangka ia menjadi mimpi ngeri buat pasukan di tangga ketiga liga itu apabila dimalukan sehingga dibenam tujuh gol.

Liverpool gol manchester united
Gambar: AFP

Pada separuh masa pertama, perlawanan nampak seimbang apabila kedua-dua pasukan berjaya mengimbangi perlawanan. Tambahan lagi, anak-anak buah Erik Ten Hag mempunyai statistik lebih dari segi sepakan tepat ke arah gawang.

BACA JUGA: Manchester United Terus Kebal, Tumpaskan Leicester 3-0

Ketika babak pertama seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, penyerang Belanda, Cody Gakpo berjaya membuka tirai gol pada lewat minit ke-43 sebelum masuk ke bilik persalinan.

Liverpool kenduri gol

Mimpi ngeri The Red Devils baru sahaja bermula apabila Darwin Nunez menjadikan kedudukan 2-0 pada awal babak kedua pada minit ke-47. Lima minit kemudian, Gakpo sekali lagi menunjukkan bisanya dengan menjaringkan gol ketiga Liverpool. Gol tersebut merupakan gol kedua peribadinya pada malam tadi.

Gambar: PAUL ELLIS/AFP

Dengan corak permainan yang ditampilkan oleh United seperti hilang arah, Penyerang dari Mesir, Mohamed Salah meletakkan United dalam keadaan tertekan dengan gol keempat pada minit ke-66.

Nunez sekali lagi mencetak gol kelima tuan rumah pada minit ke-75 untuk menewaskan David De Gea, sebelum giliran Salah pula meledak gol keenam pada minit ke-83.

Pemain gantian, Robert Firmino menutup malam penuh gemilang di Anfield dengan gol ketujuh pada lewat minit ke-88 sebelum wisel penamat ditiupkan.

Kekalahan tersebut merupakan yang paling teruk sejak United tewas 0-7 kepada Wolverhampton Wanderers pada 1931.

United kini ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal dengan 63 mata diikuti Manchester City 58 mata.

The Red Devil kini kekal ditangga ketiga liga dengan pungatan mata keseluruhan 49 mata selepas 25 perlawanan.

Reaksi Jurgen Klopp

Pengurus pasukan The Reds, Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan besar anak-anak buahnya itu hasil permainan yang baik ditampilkan pada separuh masa kedua.

BACA JUGA: Haaland Lebur Rekod Gol Liga Perdana Manchester City

“Tiada kata-kata untuk apa yang telah kami berjaya ciptakan. Mereka bermain bola dengan sangat hebat menentang pasukan yang dalam prestasi terbaik.

“Pada separuh masa pertama kami agak kucar-kacir dan tidak seperti yang dirancangkan. Separuh masa kedua, kami bermula dengan baik sehingga ke tamat perlawanan,” katanya.

Terdahulu, Liverpool tewas kepada United dengan skor 1-2 di Old Trafford dalam saingan ketiga liga pada 23 Ogos 2022 lalu.

Sumber: ESPN