Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Jenis Bunga Tayar
Gambar: AFP

Ada Beza, Kenali Jenis-Jenis Bunga Tayar & Fungsinya

Iqbal Yasir

Ada Beza, Kenali Jenis-Jenis Bunga Tayar & Fungsinya

Tayar merupakan satu komponen yang berfungsi untuk menggerakkan badan kenderaan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti kereta, trak, van, bas dan lain-lain.

Walau bagaimanapun seperti yang diketahui terdapat pelbagai jenis tayar di kedai dengan pelbagai reka bentuk dan corak yang berbeza.

Bentuk-bentuk dan corak yang terdapat pada permukaan tayar sebenarnya dipanggil bunga tayar. Jadi, apa tujuan ia diciptakan dengan pelbagai rupa bentuk luaran?

Sehubungan itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian berhubung bunga tayar di bawah.

Bunga Tayar Kenderaan

Gambar: AFP

Umum mengetahui, tayar diciptakan bagi memberikan cengkaman dan daya tarikan tertentu pada kenderaan dalam pemanduan yang berbeza. Tayar juga dapat memberikan keseimbangan sudut, pengendalian, bunyi yang terhasil dan banyak lagi.

Bunga tayar terdiri daripada pelbagai lapisan getah tayar yang bersentuhan pada permukaan jalan. Setiap bunga pada tayar direka mengikut bentuk, saiz, reka bentuk, kuantiti dan kedudukan setiap kompenan ini dengan teliti.

Ia bagi mendapatkan prestasi optimum terhadap tayar tersebut. Secara hipotesis, semakin besar kawasan sentuhan, lebih banyak cengkaman.

BACA JUGA: Rupanya Ada Beza, Ini Jenis-Jenis Tayar Haus & Puncanya

Sekiranya anda melihat perlumbaan kenderaan misalnya, Formula 1 (F1), tayar yang digunakan adalah lebih lebar supaya dapat memberikan sentuhan paling maksimum.

Lebih-lebih lagi, sesetengah kereta lumba juga tidak mengunakan sebarang corak (alur) pada bunga tayar untuk seluruh kawasan bersentuhan pada jalan bagi cengkaman maksimum.

Walau bagaimanapun, tayar ini dikenali sebagai ‘tayar licin’ dan diharamkan dalam pemanduan biasa di atas jalan raya. Hal ini kerana ia memberikan risiko untuk berlaku hydroplaning atau membelah air dengan baik.

Kenali Jenis-Jenis Bunga Tayar

Bunga Blok

Bunga blok ini merupakan seperti ketulan getah yang diciptakan di sepanjang tayar. Bunga ini merupakan bunga paling penting kerana berfungsi untuk memberikan cengkaman pada bentuk dan saiz tayar. Blok bunga ini juga dikenali sebagai lugs.

Bunga Tulang Rusuk

Untuk bunga tayar ini, ia berfungsi untuk mengurangkan bunyi. Kedudukan bunga ini juga mempunyai dua, iaitu bunga pada bahagian tengah bertanggungjawab memberikan daya tarikan sewaktu memecut dan brek. Manakala bunga tulang rusuk bahu pula bertujuan untuk memberikan cengkaman sewaktu mengambil selekoh.

Sipes

Gambar: AFP

Apa itu sipes? Sebenarnya, sipes adalah celah-celah yang dipotong pada bahagian blok bunga tayar. Sipes bertujuan untuk membelah air dan mencegah daripada berlaku hydroplaning.

Kedudukan sipes direka dengan teliti bagi mencipta cengkaman tambahan.

Alur

Alur ialah ruang kosong yang berada di sekeliling dan sisi atas permukaan tayar. Ia bertindak membawa keluar air melalui permukaan tayar ke arah sisi.

Selain itu, ia juga menjadi penyejuk kepada tayar kerana udara melalui alur lilitan tayar.

BACA JUGA: Jangan Abaikan Jika Ada Batu Kecil Pada Bunga Tayar, Boleh Cepat Haus Dan Kurangkan Jangka Hayat Tayar

Alur lilitan berjalan mengelilingi bunga tayar manakala alur sisi melintasi bunga tayar. Kebiasaannya, alur lilitan (tengah) lebih dalam berbanding alur sisi.

Corak Bunga Tayar

Terdapat tiga jenis corak utama bunga tayar seperti Simetri, Asimetri dan Arah.

Jenis Bunga Tayar
Gambar: AFP

Corak Bunga Simetri

Lazimnya, corak bunga ini ringkas dan biasa dijumpai pada kebanyakan tayar kereta. Ia dipanggil corak tayar simetri kerana mempunyai corak yang sama pada bahagian luar dan dalam (tengah) tayar.

Tayar ini dari segi harga adalah lebih murah dan mudah diganti serta diletakkan di mana-mana bahagian kereta. Ketika panas, ia memberikan cengkaman yang baik pada jalan kering kerana corak bunga yang ringkas.

Walau bagaimanapun, tayar jenis ini tidak sesuai untuk digunakan pada jalan yang basah atau licin.

Corak Bunga Asimetri

Jika Simetri mempunyai persamaan corak bunga pada bahagian dalam (tengah) dan luar, corak bunga asimetri pula adalah sebaliknya. Biasanya bunga pada bahagian luar mempunyai blok lebih besar untuk memberikan cengkaman yang lebih ketika mengambil selekoh khususnya pada permukaan yang kering.

Manakala blok bunga yang kecil pula membantu membelah air dengan baik ketika jalan basah. Oleh itu, ia direka khas untuk kegunaan ketika cuaca panas dan hujan.

Bagaimanapun, bahagian tayar ini perlu menghadap ke luar sisi kerana mempunyai dua corak bunga yang berbeza. Antara tayar asimetri paling popular termasuklah Michelin Pilot Sport.

Corak Bunga Tapak Arah

Untuk tayar ini, corak bunganya seperti anak panah dan direka bentuk untuk berputar hanya dalam satu arah.

Biasanya, pada bahagian tepi tayar memaparkan arah di mana mereka perlu dipasang. Reka bentuk anak panah corak bunga memudahkan pengaliran air yang lebih cepat.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Sehubungan itu, tayar ini merupakan pilihan terbaik ketika jalan basah dan ia digunakan secara meluas pada tayar musim sejuk. Dari segi luaran, corak bunganya tidaklah versatil berbanding dua tayar di atas.

Manfaat Tayar Simetri

Antara kebaikan kegunaan tayar ini adalah jangka hayat yang lebih panjang, paling murah, stabil ketika jalan lurus, rintangan berputar yang kurang dan mudah dipakai.

Manfaat Tayar Asimetri

Manfaat yang diperolehi menerusi penggunaan tayar ini adalah kelajuan meningkat, efektif pada jalan basah dan kering, mengambil selekoh dengan baik dan sesuai untuk kereta mewah berprestasi tinggi.

Manfaat Tayar Bunga Arah
Antara manfaat kegunaan tayar ini termasuklah kelajuan meningkat, ‘raja’ dalam jalan basah dan mengurangkan risiko hydroplaning.

Gambar: Tyreplus

Kesimpulannya, tayar simetri sesuai untuk pengguna yang mementingkan bajet yang rendah manakala bagi mereka yang memilih aspek cengkaman, tayar bunga arah adalah yang terbaik. Bagi tayar jenis asimetri merupakan tayar yang terbaik untuk semua aspek.

Sumber: Tyre plus