Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bihun hancur dan lembik
Kredit TikTok/@pakman3590

“Bihun Tak Hancur Dan Lembik”, Ini Cara Celur Bihun Utara Yang Betul

Syed Faisal Sayed Muhammad

“Bihun Hancur Dan Lembik”, Guna Kaedah Ni Bihun Gerenti Jadi Cantik

Malaysia cukup kaya dengan pelbagai jenis menu hidangan tradisi mengikut masyarakat masing-masing.

Sebagai contoh, Melayu popular dengan hidangan nasi lemak, Cina dengan hidangan mereka yong tau fu manakala India dengan roti canai.

Kepelbagaian menu ini telah menjadi bukti bahawa Malaysia sebuah negara yang majmuk dan harmoni.

Melalui makanan juga kita dapat mengeratkan hubungan menerusi perbezaan kepercayaan budaya masing-masing.

Setiap negeri juga kebiasaannya akan memiliki menu kebanggaan mereka. Jika di Sarawak ada Mi Kolok, Pahang ada tempoyak ikan patin, Kedah ada bihun sup utara dan begitu juga bagi negeri-negeri lain.

Apabila bercakap berkenaan bihun sup utara, menu yang dihidangkan dengan bihun berwarna kuning terang itu dimakan pula dengan sup panas-panas, pasti dapat menaikkan selera ramai orang.

Namun begitu, jika teknik penyediaan bihun itu tidak menepati citarasa seperti bihun terlalu lembik atau hancur, ia boleh membuatkan hidangan tersebut tidak menarik.

Oleh itu, teknik penyediaan bihun yang betul harus dititikberatkan dalam menyediakan menu bihun sup ini.

Untuk mengetahui tentang teknik mencelur bihun yang betul, mari ikuti perkongsian daripada seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Pakman di laman TikTok.

Rendam dahulu bihun dalam air selama 20 minit

Menurut Pakman, pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah dengan merendam bihun ke dalam air selama 20 minit.

Kemudian tapis bihun dan ambil sedikit serbuk kunyit dan masukkan ke dalam bekas besar yang berlainan.

Serbuk kunyit tadi bertujuan untuk dapatkan warna yang menarik dan lambang utama bagi menu hidangan bihun sup utara.

Langkah seterusnya adalah dengan masukkan air panas yang betul-betul mendidih ke dalam bekas besar tadi.

Langkah terakhir, masukkan bihun yang direndam tadi ke dalam air panas tersebut lalu kacau bagi serata dan biar sehingga ia mengembang sekejap.

Jika sudah mengembang, tapis bihun tadi dan rehatkan sebentar sebelum dihidangkan.

Menurut Pakman, dengan menggunakan kaedah ini, hasil mencelur bihun akan menjadi cantik dan tidak hancur atau putus-putus.

Setakat itu sahaja perkongsian menarik pada hari ini, semoga perkongsian pada hari ini dapat memberikan pembaca manfaat.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: TikTok/@paman3590