Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
open house tuan rumah bil
Tiada Kategori

Tetamu “Open House” Tengah Enjoy Makan, Tuan Rumah Bergurau Keluar Buku Kira Bil

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tetamu “Open House” Tengah Enjoy Makan, Tuan Rumah Bergurau Keluar Buku Kira Bil

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali Aidilfitri, bagi yang berkemampuan sudah tentu akan menganjurkan rumah terbuka untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim.

Biasanya, aktiviti rumah terbuka bemula sekurang-kurangnya seminggu selepas 1 Syawal sehinggalah tamat bulan perayaan tersebut.

Jemputannya pula sudah tentu dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan kenalan-kenalan rapat. Bagi mereka yang mengadakan rumah terbuka pada skala yang lebih besar, jemputannya sudah tentu lebih ramai.

Dalam pada itu, sudah menjadi tabiat apabila bertemu kenalan ataupun ahli keluarga, mesti ada masanya kita akan bergurau senda bersama kan?

Lebih-lebih lagi jika hubungan yang ada sangat rapat, aktiviti sakat-menyakat hingga mengundang ketawa riang itu adalah normal untuk dilakukan.

Suasan meriah yang dicipta akan menjadi memori yang mana sekali gus dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan dan persahabatan yang sudah lama terbina.

Gelagat tuan rumah kira bil saat tetamu open house tengah makan bikin terhibur

Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video suasana rumah terbuka yang menjadi tular baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @arengahbattelstorm, seorang lelaki dilihat khusyuk sedang mengira harga makanan yang dinikmati tetamu.

Keadaan itu saling tak tumpah situasi yang biasa dilihat ketika pelayan restoran mengambil pesanan atau mengira bil ketika makan di luar.

Tindakan lelaki tersebut ternyata berjaya menghidupkan suasana majlis sehingga mengundang ketawa mereka yang ada. Malah, tetamu yang menjadi ‘mangsa’ juga begitu sporting dan melayan gurauan tersebut.

“Saya cuma tambah timun je tadi. Berapa ni, RM 18?” ujar salah seorang tetamu yang bergurau kembali.

Kemudian, lelaki tersebut mula beralih ke tetamu lain dengan mengira berapa ketul ayam yang diambil dan mengira harga kicap yang sudah dituang ke atas nasi.

Apa yang lebih melucukan apabila ada tetamu yang betindak menyorokkan pinggan yang berisi nasi supaya tidak dapat bil tidak dapat dikira oleh abang berkenaan.

Aksi mencuit hati dikongsikan @arengahbattelstorm mendapat perhatian wargamaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki itu. Pada masa yang sama, ada juga yang memberi ‘nasihat’ kepada abang tersebut supaya lebih peka dengan tindak-tanduk para ‘pelanggannya’.

“Patut tanya, kira sekali ke asing?” komen seorang wargamaya.

“Bang nak bagi bil periksa betul-betul, takut ada yang sorok ayam bawah nasi,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Pintu Buat Hal, Wanita Terkunci Dalam Bilik Ketika Bakal Mak Mentua Nak Sarung Cincin

Sumber: @arengahbattelstorm via TikTok