Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
wanita ditahan 12 tahun hospital mental
Sumber: Astro Awani

Wanita Habiskan 12 Tahun Hidup Di Hospital Mental Hanya Kerana Bahasanya Tidak Difahami

Hannah

Wanita Habiskan 12 Tahun Hidup Di Hospital Mental Hanya Kerana Bahasanya Tidak Difahami

Seorang wanita suku Tarahumara dari Chihuahua, utara Mexico, bernama Rita Patino Quintero, terpaksa menghabiskan 12 tahun hidup di hospital mental di Amerika Syarikat (AS).

Kisah tragis ini bermula pada tahun 1983 ketika Rita ditemui dalam keadaan kelaparan di bawah sebuah gereja di Kansas. Seorang paderi yang menemui Rita melaporkannya kepada polis kerana dia berpakaian lusuh dan kelihatan bingung.

Pihak polis cuba berkomunikasi dengannya, tetapi Rita hanya boleh berbicara dalam bahasa suku kaumnya, yang tidak difahami oleh pihak berkuasa.

Keadaan ini menyebabkan dia disalah anggap sebagai orang tidak siuman dan didiagnosis mengalami skizofrenia.

Akibatnya, Rita dimasukkan ke hospital mental dan dipaksa mengambil ubat untuk penyakit mental yang sebenarnya tidak dia alami.

Kisah ini dijadikan dokumentari berjudul “The Woman of Stars and Mountains”

Kisah Rita telah menjadi bahan dalam sebuah filem dokumentari berjudul “The Woman of Stars and Mountains” yang diterbitkan oleh Santiago Esteinou pada April 2024.

Difahamkan, pembuatan dokumentari ini melibatkan penyelidikan arkib dan wawancara mendalam.

Menurut Esteinou, ‘hukuman’ yang dihadapi oleh Rita sebahagiannya disebabkan rumusan dibuat oleh penterjemah.

“Pihak berkuasa membawa masuk seorang penterjemah yang tidak dapat memahami bahasa Rita, namun dia menyimpulkan bahawa kata-kata Rita ‘tidak masuk akal’, yang akhirnya menyebabkan dia dihantar ke rumah sakit jiwa.

“Keputusan ini memaksa Rita tinggal di sana selama 12 tahun tanpa memahami mengapa dia berada di sana. Rita akhirnya dibebaskan dan dipulangkan ke Mexico pada tahun 1995 setelah kesnya diperjuangkan oleh sebuah pertubuhan hak asasi orang kurang upaya pada 1994,” katanya.

Dalam pada itu, dokumentari tersebut turut mendalami identiti sebenar Rita dan bagaimana dia boleh meninggalkan kampung halamannya seorang diri sebelum ditemui di AS.

Esteinou berkata, Rita sebenarnya berasal dari keluarga berada dan mempunyai seorang anak lelaki di kampungnya.

“Namun semuanya berubah pada suatu hari apabila dia dituduh mencuri dan membunuh suaminya – dakwaan oleh penduduk kampungnya yang tidak pernah dapat dibuktikan.

“Dia kemudian dipulaukan dan merempat bersama anak lelakinya. Dia didakwa gila dan anaknya dirampas. Dia kemudian membawa diri keluar jauh dari kampungnya,” katanya yang mengakui tidak tahu bagaimana Rita boleh sampai ke Kansas.

BACA: Ramai Yang Tak Tahu, Ini Kisah Tragis Di Sebalik Filem Vina: Sebelum Tujuh Hari

Sumber: Astro Awani