Siakap Keli
kereta api batang melaka
Gambar: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

Berusia Lebih 100 Tahun, Stesen Kereta Api Lama Batang Melaka Dijejaki

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berusia Lebih 100 Tahun, Stesen Kereta Api Lama Batang Melaka Dijejaki

Biarpun beribu tahun berlalu, terdapat banyak tinggalan sejarah yang masih boleh dijejaki. Apatah lagi tinggalan bangunan yang tidak pernah dirobohkan dan diganti dengan pembangunan lain.

Berbakti selama lebih 100 tahun, sebuah stesen kereta api lama telah ditemui kembali selepas 10 tahun khidmatnya dihentikan.

Ikuti perkongsian yang ditulis oleh Pengerusi dan Penyelidik Persatuan Kartografi Melaka, Shahrul Azzim Abd Aziz.

BACA: Belajar Guna Kanta Pembesar, Siti Zaharah Berjaya Lengkapkan PhD Pada Usia 82 Tahun

Baru-baru ini, pasukan penyelidik projek Railway Cartographic Research Project (RailCREP), Persatuan Kartografi Melaka telah menjejaki sebuah lagi lokasi yang menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah kereta api lama tanah air iaitu Stesen Keretapi Lama Batang Melaka.

Eksplorasi yang dihadiri oleh saudara Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi) dan saudara Mohd Faizal Khusairy Razali (Jejaka Kartografi) bertujuan dalam mengangkat semula dan berkongsi kepada orang ramai tentang sejarah stesen keretapi lama tersebut yang sebelum ini merupakan salah sebuah stesen yang tidak pernah kenal erti sunyi dalam menerima para penumpang yang menggunakannya untuk ke pelbagai destinasi suatu ketika dahulu.

Gambar: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

Berdasarkan sejarah, Stesen Keretapi Lama Batang Melaka ini telah dibuka pada awal tahun 1900an (1906) dan berkemungkinan terdapat beberapa struktur asal yang siap dibina sekitar tahun tersebut masih wujud sehingga ke hari ini.

Bangunan stesen lama yang dapat dilihat pada hari ini berkemungkinan adalah bangunan stesen yang telah dibina semula dan dinaik taraf menggantikan bangunan asal yang difahamkan menggunakan kayu.

tangga ke stesen keretapi lama batang melaka
Gambar: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

Namun pada tahun 2012, Stesen Keretapi Lama Batang Melaka telah ditutup dan diberhentikan perkhidmatannya lalu diganti dengan Stesen Keretapi Batang Melaka yang baharu pada tahun 2014 yang terletak di dalam sempadan negeri Melaka (Daerah Jasin).

BACA: Bukan Jaga Percuma, Nenek Kenakan Caj RM293 Sehari Jaga Cucu Sendiri

Untuk makluman, Stesen Keretapi Lama Batang Melaka terletak di dalam sempadan Negeri Sembilan (Daerah Tampin). Hal ini kerana Batang Melaka merupakan sebuah pekan yang terletak di atas sempadan dua negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan.

bangunan asal stesen keretapi
Gambar: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

Terdapat beberapa buah struktur yang masih kukuh berdiri walaupun sebahagian telah mula dimamah dan ditenggelami oleh semak-samun.

Antara yang masih dapat dilihat ialah bangunan stesen, kaunter, pondok menunggu untuk penumpang, tangga ke bangunan stesen, platfom, bilik kecil yang kelihatan seperti bangunan stor dan juga sebuah papan tanda lama yang menunjukkan lokasi stesen tersebut iaitu Batang Melaka.

platform stesen keretapi lama
Gambar: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

BACA: Wanita Malaysia Antara Tercantik Di Asia, Atasi Thailand & Indonesia

Berdasarkan papan tanda lama tersebut, dapat dilihat stesen yang berhampiran dengan Stesen Keretapi Batang Melaka iaitu Stesen Keretapi Tebong (Di dalam negeri Melaka) dan Stesen Keretapi Air Kuning (Di dalam Negeri Sembilan). Kedua-dua stesen berhampiran Stesen Keretapi Lama Batang Melaka ini juga telah dihentikan perkhidmatannya.

Diharapkan pada suatu hari nanti, ada usaha yang dapat dirancang dan dilaksanakan dalam usaha memulihara semula Stesen Keretapi Lama Batang Melaka ini agar tidak terus dimamah usia dan dapat ditatapi oleh generasi kini dan akan datang.

Stesen Keretapi Lama Batang Melaka ini juga berpotensi menjadi sebuah lokasi pelancongan sejarah selain dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

Penulisan oleh: Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi)

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.