Siakap Keli
Nora Ariffin Cerai
Gambar: SInar Harian

Penyanyi Nora Ariffin, Suami Cerai Talak Satu

Penyanyi Nora Ariffin, Suami Cerai Talak Satu

KUALA LUMPUR — Penyanyi tanah air, Datuk Nora Ariffin, 51 memaklumkan beliau dan suaminya, Dr Rushdi Ramli telah bercerai talak satu, lapor Sinar Harian.

Rushdi melafazkan cerai itu melalui video dan rakaman itu dikongsi oleh Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin di laman Instagram miliknya.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana ALLAH SWT,” lafaznya.

Menerusi kapsyen klip itu, Nora meluahkan “Alhamdulillah. Selesai. Allah sahaja yang tahu”.

Walau bagaimanapun, ruangan komen itu ditutup oleh penyanyi berusia 51 tahun terbabit.

Terdahulu, Nora menafikan beberapa khabar angin mengenai keretakan rumah tangganya dan suami.

Penyanyi itu sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Rushdi yang juga seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya.

Untuk maklumann, Rushdi merupakan kawan baik kepada allahyarham suami terdahulu Johan Nawawi pada tahun 2021.

Untuk rekod, Nora berkahwin dengan allahyarham pada 1992 dan telah dikurniakan empat cahaya mata.

Difahamkan, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

BACA JUGA: Polis Masih Kesan Anggota Badan Mayat Cikgu Istiqomah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.