Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Kredit: AFP

TikTok Kurangkan Ratusan Pekerjaan, Sejumlah Besar Pekerja Di Malaysia Terjejas

Azizah Najib

TikTok Kurangkan Ratusan Pekerjaan, Sejumlah Besar Pekerja Di Malaysia Terjejas

Platform media sosial, TikTok mengesahkan bakal mengurangkan ratusan pekerjaan dengan pemberhentian sejumlah besar pekerja di Malaysia berikutan peralihan syarikat tersebut untuk menggunakan AI dalam pengawasan kandungan, lapor AFP.

Platform milik ByteDance itu berkata, pihaknya bakal mengurangkan ratusan pekerjaan di seluruh dunia. Namun, tiada pecahan mengikut negara dikeluarkan.

Menurut AFP, kurang daripada 500 pekerjaan di Malaysia dijangka terkesan akibat langkah itu.

Jurucakap TikTok berkata, langkah pengurangan pekerja itu merupakan satu usaha untuk meningkatkan pengawasan kandungan.

BACA: Tealive Berkembang Ke Timur Tengah, Bekerjasama Dengan Konglomerat Dari Dubai

“Kami menjangkakan untuk melabur USD2 bilion seluruh dunia dalam keselamatan dan kepercayaan pada tahun 2024 dan berterusan meningkatkan keberkesanan usaha kami, dengan 80 peratus kandungan yang melanggar peraturan kini dibuang oleh teknologi automatik,” katanya.

Ketika ini, syarikat berkenaan menggunakan gabungan pengawasan manusia dan pengesanan automatik bagi menilai kandungan yang dimuat naik di TikTok.

Untuk pengetahuan, syarikat berkenaan mempunyai lebih 110,000 pekerja yang berpangkalan di lebih 200 bandar di seluruh dunia.

Sebelum ini, wujud spekulasi bahawa TikTok telah mula merancang pengurangan tenaga kerja pemasaran dan operasi secara global beberapa bulan yang lalu.

BACA: PSSI Hantar Surat Kepada AFC, Protes Tindakan Pengadil

Pengurangan pekerja ini turut didakwa berlaku berikutan peningkatan tekanan undang-undang yang dihadapi syarikat-syarikat penyedia platform media sosial di Malaysia kebelakangan ini.

Pada awal tahun, peningkatan mendadak kandungan hasad di media sosial dilaporkan.

Susulan itu, kerajaan Malaysia mengarahkan platform media sosial termasuk TikTok, memohon lesen pengoperasian sebagai langkah mengatasi peningkatan jenayah siber. Hal ini meliputi penipuan dalam talian, jenayah seksual kanak-kanak dan buli siber.

BACA: Boleh Buat Aktiviti Macam Manusia, Elon Musk Perkenal Robot Optimus

Sumber: AFP