Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Kredit: Bernama

Zii Jia Terpaksa Tarik Diri Terbuka Denmark

Azizah Najib

Zii Jia Terpaksa Tarik Diri Terbuka Denmark

Pemain badminton negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada kejuaraan Terbuka Denmark apabila mengalami kecederaan buku lali, lapor Sinar Harian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Team LZJ dalam satu kenyataan semalam.

“Selepas tiba di Odense pada Ahad, harapan dan perancangan untuk melihat kelibat Lee Zii Jia beraksi di Terbuka Denmark 2024 masih menyala, biarpun mengalami kecederaan buku lali semasa aksi suku akhir Terbuka Artik.

“Zii Jia turun ke gelanggang hari ini tetapi ketidakselesaan di bahagian buku lali menghalangnya untuk menampilkan permainan berkualiti.

BACA: Ironman Langkawi: Terlanggar Pokok Tumbang, Syed Saddiq Cedera Ringan

“Selepas mengambil segala pertimbangan yang wajar, dengan segala berat hati Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark edisi tahun ini,” kata Team LZJ.

Atlet kelahiran Alor Setar itu sepatutnya bertembung atlet Jepun, Kenta Nishimoto di Arena Fynk dalam pusingan pertamanya.

Dengan penarikan diri Zii Jia, atlet Jepun tersebut bakal menentang atlet pilihan kelapan Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting.

Selain beliau, pasangan beregu juara dunia 2023, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae dari Korea Selatan turut mengumumkan penarikan diri daripada kejohanan tersebut.

BACA: Ranking JDT Naik Lagi, Kini Kelima Di Asia

Dalam pada itu, aksi pembukaan bakal menyaksikan pertembungan antara juara Terbuka Artik 2024, Chou Tien Chen dari China bersama rakan sepasukan, Wang Tzu Wei.

Imbas kembali, Zii Jia mencatat kekalahan straight set ketika bertembung pemain dari China, Weng Hongyang dengan 12-21, 6-21 pada edisi tahun lalu.

Ketika berentap di Terbuka Artik, Zii Jia gagal bergelar juara apabila terpaksa tunduk dengan kemenangan atlet Jepun, Koki Watanabe di peringkat suku akhir. Perlawanan di Energia Areena, Vanta itu menyaksikan pertembungan selama 66 minit dengan keputusan 15-21, 21-13, 12-21.

Kekalahan ini merupakan rekod kecundang Zii Jia yang ketiga kepada pemain Jepun tersebut. Pada tahun lalu, kedua pasangan lawan ini pernah bertarung di pusingan Terbuka China dan separuh akhir Terbuka Switzerland.

BACA: Doping: 13 Sampel Atlet SUKMA Perlu Analisis Lanjut

Sumber: Sinar Harian