Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tugas floor manager
Kredit: RTM

Tak Duduk Diam, Ini Rupanya Tugas “Floor Manager” Di Sebalik Tabir

Azizah Najib

Tak Duduk Diam, Ini Rupanya Tugas Floor Manager Di Sebalik Tabir

Kita sering nampak usaha dan kerja keras pengacara majlis, artis dan para penari yang membuat persembahan. Tambah pula apabila koreografi yang dipersembahkan begitu gempak diselang-seli dengan pencahayaan yang on-point.

Jika menonton di rumah, sudut pandang kamera juga menjadi salah satu faktor yang menjadikan satu-satu rancangan itu menarik.

Namun, tahukah anda, di sebalik semua perkara itu, ada mereka yang bekerja keras bagi memastikan rancangan kegemaran kita kekal di momentum yang tinggi. Jurukamera, kru pentas, pengacara, malah jemputan dan penonton yang hadir sekalipun, mereka semua perlu mendengar arahan dan bertindak pantas supaya program berjalan lancar.

Siapa yang beri arahan kepada mereka semua? Siapa yang uruskan segala perjalanan dan urutan acara sebelum, semasa dan selepas?

BACA: Budak Darjah 6 Dipuji Pandai Masak & Berdikari, “Nak Jadi Macam KA”

Inilah dia insan yang dipanggil pengurus pentas atau floor manager (FM). Tugas FM bukan hanya memberi arahan tetapi lebih kepada memastikan program berjalan dengan lancar dengan meminimumkan risiko gangguan ketika rakaman.

Menerusi perkongsian Radio Televisyen Malaysia, seorang FM yang sedang bertugas kelihatan lincah ke hulu ke hilir sambil memberi arahan dengan tegas.

“Salah satu kriteria penting untuk jadi FM ni kena garang, biar orang dengar cakap,” kongsi RTM.

Kredit: RTM

Memang benar, hanya dengan menonton video yang dikongsikan sudah cukup buat kita rasa gerun dengan perwatakan FM tersebut.

Sebelum program bermula, kiraan dibuat dengan jelas supaya seluruh kru dapat mendengar arahan bahawa rancangan bakal bermula. Dengan cue yang jelas, persembahan dimulakan dengan alunan muzik, penataan cahaya dan tumpuan kamera diberi kepada pentas mengikut aturan.

“FM akan countdown berapa masa yang tinggal sebelum live. Ini bantu pemuzik, pengacara serta penyanyi untuk peka dan bersedia dengan peranan masing-masing,” katanya.

BACA: “Buatan Malaysia,” YouTuber Kongsi Kisah Datang Ke Malaysia Kerana Xbox

Ketika membuat kiraan, FM akan mengira dengan kuat pada awalnya. Apabila tiba kiraan akhir, FM dilihat menggunakan isyarat tangan kepada pemuzik.

Bermula saat itu, kebanyakan arahan diberi dalam bentuk isyarat tangan.

Selain memberi arahan kepada mereka yang berada di atas pentas, FM turut memberi arahan kepada penonton sama ada untuk bersorak, melambai tangan, malah melambaikan lampu.

“FM beri cue kepada penonton untuk beri tepukan gemuruh. FM juga beri cue kepada pengacara dan penari untuk turun dari pentas.

“Ada beberapa saat saja masa untuk pastikan pentas kosong untuk beri laluan pada persembahan seterusnya,” tambahnya.

BACA: “Tulislah Bahasa Melayu Dengan Ejaan Penuh,” – Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Dalam video tersebut, sifat garang dan tegas FM jelas kelihatan apabila kru dan penonton diarahkan supaya mendiamkan diri dengan satu perkataan sahaja.

Five seconds live, silence.

Menurut RTM, penonton dinasihatkan untuk tidak membuat bising ketika pengacara majlis bersedia untuk bersuara.

Jadi, itulah sedikit sebanyak tugas seorang floor manager yang SK nak kongsikan.

Biar nampak garang, asalkan rancangan berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk kita tonton di rumah. Tugas yang tidak mudah tetapi hasilnya pasti membuat kita terkenang sampai bila-bila.

BACA: Kira Siap-Siap, Lelaki Kongsi Bajet Belanja Untuk Masuk Rumah Baharu

Sumber: RTM