Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
video memasak warga emas
Kredit: Kak Cik Yah
Tiada Kategori

Video Warga Emas Memasak Raih Perhatian, Ramai Terimbau Kenangan Dengan Nenek 

Azizah Najib

Video Warga Emas Memasak Raih Perhatian, Ramai Terimbau Kenangan Dengan Nenek

Nenek, opah, tok, wan. Biarpun berbeza nama, namun panggilan ini pastinya datang bersama seribu kenangan pulang ke kampung halaman sewaktu kecil. Pelbagai hidangan dimasak sementara menanti kepulangan cucu.

Ada hidangan yang disediakan khas untuk cucu kesayangan, ada juga yang menjamu cucu dengan masakan signature, hanya sedap jika dimasak oleh nenek.

Dengan suasana kampung yang aman damai tanpa hiruk-pikuk kesibukan di bandar, hidangan air tangan nenek tidak hanya dinikmati ketika itu. Malah, ia kekal menjadi kenangan indah buat selamanya ketika berjauhan.

BACA: Tiada Bubuk Berani Singgah, Ini Tip Simpan Beras Agar Tahan Lama

Baru-baru ini, video seorang warga emas yang sedang memasak di dapur tular apabila dimuat naik di laman X. Video tersebut pada asalnya dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Kak Cik Yah. Wanita tersebut memuat naik video dirinya menunjukkan cara-cara memasak cucur kacang parpu.

Lenggok suara, gelagat dan raut wajah Kak Cik Yah yang masih bertenaga memasak di usia ini membuatkan ramai netizen menggamit memori pada nenek masing-masing di kampung.

“Rindu arwah nenek,” kata seorang netizen.

“Ya Allah, macam arwah wan saya. Rindunya,” kongsi netizen.

BACA: Ramai Salah Sebut, Lelaki Ini Ajar Sebutan Sebenar “Question”

Dalam pada itu, ada juga netizen yang sempat mengusik.

“Dia cakap je tak payah tunjuk. Pandai-pandai korang bayangkan macam mana nak buat,” seloroh seorang netizen.

Biarpun video berdurasi dua minit lebih itu hanya mengandungi arahan secara lisan tanpa ditunjukkan satu per satu cara memasak, cucur kacang parpu yang ditunjuk Kak Cik Yah nampak begitu menyelerakan.

“Inilah cucur kacang parpu yang Kak Cik Yah ajar. Sedap dimakan. Resipi yang sangat mudah, sila cuba,” ujar Kak Cik Yah.

BACA: Wanita Dari Sabah Pengunjung Ke Setengah Juta Jambatan Angkat, Menang Jongkong Emas

BACA: Bekalan Anak Di Asrama, Ini Resipi Sambal Cornflakes Anti Lemau

Sumber: Kak Cik Yah