Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
persediaan renovasi rumah
Kredit: ImageFX
Tiada Kategori

Elak Ditipu, Ini Persediaan Sebelum Renovasi Rumah

Azizah Najib

Elak Ditipu, Ini Persediaan Sebelum Renovasi Rumah

Keterujaan mendapat kunci rumah sedikit sebanyak pasti menimbulkan rasa ingin membuat pengubahsuaian supaya rumah yang bakal didiami lebih indah dipandang mata.

Dengan bersemangat, anda mula membuat tinjauan, mencari kontraktor yang sesuai dengan poket. Bila periksa di media sosial, hasil pengubahsuaian yang cantik dan sempurna terpampang di setiap laman kontraktor hingga anda sukar membuat pilihan.

Biarpun nampak sempurna, perlu diingatkan pemilihan kontraktor ini melibatkan sejumlah wang yang besar. Adakah anda hanya bergantung kepada gambar-gambar yang menghiasi laman sosial kontraktor tersebut?

Tahukah anda, saban tahun ada sahaja laporan media yang melibatkan penipuan kontraktor pengubah suai rumah. Malah, negara pernah dikejutkan dengan laporan lima mangsa kerugian sehingga RM1 juta dalam masa satu tahun iaitu pada 2022.

BACA: Tiga Kontraktor Didenda Guna Penyata Akaun Bank Palsu Mohon Tender

Apa yang perlu anda lakukan supaya tidak terjerat dek tipu helah kontraktor?

Perkara paling mudah yang anda boleh buat ialah membuat perbandingan dan pemantauan harga pasaran. Perhatikan lingkungan perbelanjaan dalam beberapa bahagian seperti bayaran upah buruh dan kos pembelian bahan. Jika bayaran yang diminta terlalu rendah daripada calon kontraktor yang lain, tawaran tersebut perlu lebih diteliti.

Namun, andai anda masih buntu setelah membuat perbandingan harga, berikut SK kongsikan beberapa langkah bagi membantu anda membuat keputusan.

Persediaan sebelum mengupah kontraktor renovasi rumah

1. Periksa status kontraktor

Pertama sekali, periksa status kontraktor pengubah suai rumah sama ada berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) atau tidak.

2. Kenali arkitek berdaftar

Sebelum memulakan projek pengubahsuaian rumah, pastikan anda berhubung dengan arkitek berdaftar.

Apa keperluan berhubung dengan arkitek berdaftar?

Untuk pengetahuan anda, hanya arkitek berdaftar dan berkelayakan sahaja yang boleh meluluskan pelan pengubahsuaian rumah anda. Untuk dapatkan senarai arkitek berdaftar, anda boleh layari portal Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Kalau anda pening dan tak pasti nak mula dari mana, anda boleh hubungi Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) untuk dapatkan khidmat nasihat. Mereka sedia membantu.

Bila rumah sudah dibina, pasti anda ingin hiasi rumah idaman supaya lebih sedap mata memandang setiap hari. Selain daripada menghias sendiri, ramai juga yang mengupah pereka dalaman yang lebih arif.

3. Periksa status pereka dalaman

Sebelum mengupah pereka dalaman, anda perlu periksa sama ada pereka dalaman tersebut bertauliah atau tidak. Caranya mudah sahaja.

Anda cuma perlu layari portal Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) dan Malaysian Interior Industry Partners Association (MIIP) bagi mengesahkan tauliah pereka dalaman tersebut.

Pengesahan kontraktor sudah, arkitek dan pereka dalaman pun sudah. Jadi, apa langkah seterusnya?

4. Sediakan perjanjian bertulis

Tak tahu cara tulis perjanjian? Jangan risau. CIDB ada sediakan contoh perjanjian secara percuma. Ikut sahaja contoh ini dan ubah suai mengikut keperluan anda.

Keempat-empat langkah ini bukan sahaja dapat membantu anda mengenal pasti kontraktor yang sah, malah dapat mengelakkan anda dari termasuk jerat kontraktor tidak bertanggungjawab. Jika anda masih menghadapi kesukaran, anda boleh hubungi CIDB di talian +603 5567 3300 atau melalui borang e-Bantuan CIDB.

Sumber: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Malaysian Institute of Interior Designers (MIID), Malaysian Interior Industry Partners Association (MIIP)