Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
resipi coleslow
Kredit: Noor Faida

Belajar Dari Cef, Ini Rupanya Resipi Coleslaw Yang Sedap & Menjadi

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Belajar Dari Cef, Ini Rupanya Resipi Coleslaw Yang Sedap & Menjadi

Kewujudan coleslaw yang sinonim dengan hidangan barat menjadi kegilaan ramai dengan kerangupan kubis disulam kuah putih yang masam manis dan berlemak. Biarpun ramai sudah mencuba untuk buat sendiri di rumah, tidak semua yang berjaya menghasilkan coleslaw yang seimbang dan secukup rasa.

Ada yang terlebih masam, terlebih berair hingga hilang rasa lemak. Malah ada juga yang terlebih tengik rasa bawangnya. Jadi, macam mana agaknya nak hasilkan coleslaw yang betul-betul menjadi?

Rupa-rupanya, ada rahsia dalam resipi coleslaw. Ikuti cara-cara menghasilkan coleslaw anti-gagal hasil perkongsian Noor Faida di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ini.

Cara buat coleslaw menjadi, rahsia dari cef

Pertama sekali, hiris setengah biji kubis nipis-nipis. Faida turut berpesan untuk mengagak sendiri bahan yang hendak digunakan nanti.

“Kena agak-agak juga sebab saiz kubis tu tak sama walaupun setengah biji kan. Ada (kubis) kecil, ada besar. Saya guna yang sedang-sedang saja,” katanya.

Dalam masa yang sama, potong lobak merah pula mengikut cara julienne, iaitu panjang-panjang dan halus-halus. Potong dadu bawang merah, kecil-kecil. Kemudian, campurkan semua bahan ini untuk dicuci. Toskan dan biarkan mengering.

Tuang lima sudu cuka dan tiga sudu gula di dalam mangkuk, kemudian kacau hingga sebati. Tip dari Faida, gunakan pemukul telur (whisk) hingga gula hancur. Bagi anda yang tidak gemar coleslaw masam, boleh kurangkan cuka.

BACA: Tip Tanam Sayur Dalam Botol & Cawan Agar Tumbuh Subur

Setelah itu, masukkan kubis ke dalam mangkuk berisi cuka dan gula tadi. Campurkan secubit garam untuk perasa, kemudian kacau hingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Selepas 30 minit, keluarkan kubis dari peti ais dan tos sekali lagi. Menurut Faida, kubis tidak perlu dibasuh sekali lagi.

“Jangan basuh, kira kita tak guna semua la gula dan cuka tu. Tapis buang sikit sebab nak bagi kering,” ujarnya.

Seterusnya, masukkan empat atau lima sudu mayonis mengikut cita rasa anda. Tambahkan dua sudu besar susu pekat dan tiga sudu besar susu cair. Gaul sebati dan simpan di dalam peti sejuk sekali lagi.

BACA: Wajib Cuba, Wanita Kongsi Petua Anti Gagal Tanam Jagung Sendiri

Faida turut menitipkan nasihat kepada mereka yang ingin mencuba resipi ini agar mengubah suai bahan-bahan mengikut tekak masing-masing.

“Kalau tak makan cuka, ganti lah lemon. Kalau tak makan gula, jangan letak. Yang ok, tak ada masalah dengan resipi ini, silakan cuba. Kalau rasa manis sangat, boleh kurangkan (gula). Bagi saya, resepi yang saya kongsi ni tak manis sangat, secukup rasa saja.

“Apa yang saya belajar dulu, saya kongsi bersama. Cuma ada sedikit tambahan saya, ikut cita rasa saya,” tambahnya lagi.

BACA: Resipi Mi Kicap, Makan Dengan Cili Potong Menambah Selera

Sumber: Noor Faida