Hujan Berterusan Diramalkan Di Pantai Timur, Johor Minggu Depan – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang diramalkan berlaku di negeri Pantai Timur pada 19 hingga 23 Nov ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).
Keadaan sama dijangka turut melanda Johor iaitu di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
MetMalaysia menasihati orang awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0pSFAgoGdeF6w4a7FSfsts6bvwJFTXBkAta9FFHzyUthXLT6RUNmrVgeWAWDSeyy1l
BACA: Parlimen New Zealand Tergantung, MP Pembangkang Buat Tarian Haka
BACA: Henti Amal Tabiat Ini, Skru Boleh Karat & Drum Mesin Basuh Bergoyang Teruk