Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
6 negeri hujan lebat
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 6 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Azizah Najib

Amaran Hujan Lebat Di 6 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 7 malam ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook, seluruh negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya dijangka hujan lebat.

Di Kedah, hujan lebat dijangka berlaku di daerah Langkawi, Sik dan Baling. Manakala di Perak, daerah yang tersenarai ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta.

BACA: Jangkaan Luruan Monsun Kuat, Potensi Hujan Sangat Lebat & Berterusan Di Timur Semenanjung

Turun ke Negeri Sembilan, hanya Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau dijangka hujan lebat.

Beralih ke Sarawak, MetMalaysia menjangkakan daerah Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang dijangka hujan petang ini. Di Sabah pula, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Ranau) diramal hujan lebat. Begitu juga daerah Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan).

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar.

BACA: KPM Siasat Pelajar Thailand Rentas Sungai Golok Bersekolah Di Malaysia

Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 November.

Amaran hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku melibatkan seluruh Terengganu dan beberapa daerah di Pahang. Manakala tahap waspada melibatkan beberapa lagi negeri di pantai timur.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu dan Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Sabtu, 23 November 2024.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) sehingga Sabtu, 23 November 2024.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka, Johor sehingga Rabu, 20 November 2024,” kata MetMalaysia.

BACA: Fasa 1B Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Dijangka Siap September 2028

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)