Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
CEO pecat 99 pekerja
Gambar: Freepik

CEO Tular Pecat 99 Pekerja Di Syarikatnya

Hannah

CEO Tular Pecat 99 Pekerja Di Syarikatnya

Seorang CEO sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian selepas memecat 99 daripada 110 pekerjanya.

Hal ini dipercayai berpunca daripada kegagalan 99 individu tersebut untuk hadir ke mesyuarat pagi.

Kisah ini menjadi tular di media sosial apabila seorang pelatih di syarikat tersebut berkongsi surat pemecatan tersebut melalui aplikasi Slack di platform Reddit.

Pelatih tersebut mendakwa dia baru sahaja menyertai syarikat yang menjual alat muzik itu, namun dipecat hanya sejam selepas diterima bekerja.

Mesej daripada CEO itu dimulakan dengan memperkenalkan dirinya, sebelum meluahkan rasa marah dan menggunakan kata-kata ‘kasar’ terhadap pekerja yang didakwa gagal memanfaatkan ‘peluang’ yang diberikan.

“Kepada mereka yang tidak hadir ke mesyuarat pagi ini, anggaplah ini notis rasmi anda: anda semua dipecat.

“Anda gagal menunaikan apa yang telah dipersetujui, gagal melaksanakan tanggungjawab anda dan gagal hadir ke mesyuarat seperti yang sepatutnya,” tulis CEO berkenaan.

Selain itu, beliau turut menyebut akan membatalkan semua perjanjian dengan pekerja yang dipecat dan meminta mereka memulangkan semua barang syarikat.

Beliau juga menegaskan hanya 11 orang daripada 110 pekerja hadir ke mesyuarat tersebut, dan mereka yang hadir akan dikekalkan.

“Saya memberikan peluang untuk anda memperbaiki hidup, bekerja keras dan berkembang. Namun, anda menunjukkan sikap tidak serius.

“Kepada yang lain, anda semua dipecat. Tinggalkan perniagaan saya sekarang,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, pelatih tersebut mendakwa tidak menerima sebarang notis mesyuarat dan tidak diberi akses ke bahagian kerja yang sepatutnya.

Kisah ini mendapat perhatian besar di Reddit, dengan lebih 19,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen.

BACA: Gelagat Nenek 80-an Jadi “Model” Curi Perhatian Warga Maya

BACA: Viral Awan Kinton Dragon Ball ‘Jatuh’ Di Indonesia, Rupanya Hanya Gumpalan Wap

BACA: Tak Percaya ‘Santet’, Youtuber Indonesia Cabar ‘Pawang’ Untuk Kirim Santau

Sumber: NDTV