Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk & Waspada Di Beberapa Negeri Hingga 25 November
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) baru-baru ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan dan Terengganu sehingga 23 November ini.
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Terengganu, manakala kawasan di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Dalam masa yang sama, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Johor juga sehingga 23 November ini.
Antara kawasan yang terlibat adalah Gua Musang di Kelantan, selain Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Di Johor pula, amaran berkenaan meliputi kawasan Mersing dan Kota Tinggi.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Sabah bermula 23 hingga 25 November ini, meliputi kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0r3WjeXHsM6z9XTp1SZsnzAzCiuY8kXQkqMHTggyhfE2MPdSxSSRjiK4sGoxwCTDul?rdid=wJZhidr4ZytTkq4l#
Penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Anak Panjang Akal, Ibu Terkedu Tengok Bawang Berendam ‘Elok’ Dalam Mesin Basuh
BACA: Brek Tak ‘Makan’ & Bunyi Berdecit? Ini Tanda-tanda “Brake Caliper” Bermasalah & Puncanya
BACA: Proton Dinamakan Syarikat Automotif Terbaik Untuk Pertama Kali Di Anugerah M100