Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Komposer Lagu ‘Bersamamu’ & ‘UiTM Dihatiku’ Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR — Komposer lagu terkenal, Othman Mohamed dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun semalam.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh rakan artis Zulkifli Ismail di akaun Facebook rasminya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Komposer terkenal, Othman Mohamed telah kembali ke rahmatullah semalam.
“Allahyarham berusia 65 tahun,” tulisnya dalam hantaran pada hari ini.
Difahamkan, Allahyarham banyak menghasilkan karya popular dan lagu yang tidak pernah ditelan waktu.
Antara karya yang dihasilkan oleh Allahyarham termasuklah lagu Kau Pergi Jua (dinyanyikannya oleh adik beliau, Allahyarham Adam Ahmad), Wajah (lagu tema Bersamamu TV3), dan UiTM Di Hati (lagu rasmi UiTM).
Sumber: Facebook Zulkifli Ismail